Monday, February 27, 2012

BNM: Salah faham garis panduan di peringkat bank

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia (Peda) berkata, masalah kelulusan pinjaman sewa beli kereta yang sebelum ini didakwa disebabkan oleh pelaksanaan Garisan Panduan Amalan Pembiayaan Yang Baik oleh Bank Negara Malaysia (BNM), sebenarnya disebabkan oleh institusi-institusi perbankan tempatan sendiri.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0227&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_03.htm
Published: February 27, 2012

Pengerusi Peda, Armin Baniaz berkata, perkara itu merupakan kesimpulan yang diberitahu oleh BNM yang mengadakan dialog bersama 11 ahli Persatuan Automotif Malaysia termasuk Peda, Jumaat lalu.

Beliau berkata, dalam dialog selama dua jam itu, BNM memberitahu, pihaknya telah menerima kelulusan pinjaman kereta sebanyak 54 peratus untuk bulan Januari tetapi kelulusan yang dimaklumkan oleh bank pula hanya 30 peratus.

''BNM berkata, salah faham terhadap arahan itu mungkin berlaku di ibu pejabat bank atau ibu pejabat bank dengan cawangan-cawangan bank.

''Bagaimanapun, kami telah diberi jaminan bahawa tindakan segera akan diambil untuk melancarkan pelaksanaan terhadap garis panduan itu.," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini.

Utusan Malaysia difahamkan BNM akan menemui semua institusi kewangan pada Isnin ini.

Malah, katanya, BNM telah bersetuju untuk memastikan standard dan prosedur kelulusan bagi sewa beli kereta dikembalikan dalam tempoh 48 jam serta dokumen-dokumen tertentu diberikan dalam proses permohonan untuk membeli kereta.

Armin berkata, apa pun alasan yang diberikan, Peda dan Persatuan Automotif Malaysia berharap isu ini dapat diselesaikan serta-merta, demi kelangsungan operasi syarikat-syarikat automotif negara.

Jika tidak, Peda dan Persatuan Automotif Malaysia khuatir bilik-bilik pameran kereta di Malaysia akan terus 'sunyi' tanpa kunjungan pembeli.

Dalam pada itu, Peda berkata, pihaknya juga telah mengemukakan kebimbangan kepada BNM tentang banyak polisi penting seperti Pemindaan Akta Sewa Beli dan juga garis panduan baharu boleh menjejaskan kemampanan industri automotif.

Masalah itu dakwanya berlaku apabila agensi-agensi kerajaan tidak berkomunikasi secara dua hala dan tidak berkomunikasi dalam menentukan hala tuju industri automotif.

''Industri automotif menyumbang besar kepada pendapatan negara melalui duti eksais dan cukai yang dibayar dan sebarang kejatuhan jualan kereta akan menjejaskan pendapatan kerajaan dan pekerjaan secara keseluruhan," ujarnya.
Berlandaskan objektif pinjaman berdasarkan kepada kemampuan, Peda merancang untuk berjumpa dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Kewangan untuk mengemukakan rayuan semakan eksais kenderaan dan cukai atau cara-cara lain untuk mendapatkan harga kereta yang lebih murah supaya lebih ramai rakyat Malaysia mampu membeli kereta.

PEDA bincang kaedah penjualan kereta lebih murah

PERSATUAN Pengedar-Pengedar Proton Edar Malaysia (PEDA) merancang untuk mengusahakan semakan eksais dan cukai atau membincangkan kaedah lain bagi penjualan kereta yang lebih murah supaya lebih ramai mampu memiliki kereta, manakala mereka yang mampu pula tidak dibebankan dengan pinjaman yang tinggi. 

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PEDAbincangkaedahpenjualankeretalebihmurah/Article
Published: February 27, 2012

Persatuan itu merancang menemui pihak dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Kewangan sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menangani penyusutan kelulusan pinjaman dan jualan kereta yang, katanya, berlaku ekoran pelaksanaan garis panduan amalan pembiayaan yang bertanggungjawab oleh Bank Negara Malaysia yang berkuat kuasa pada 1 Januari.

Satu sesi dialog diadakan Jumaat lalu antara Bank Negara Malaysia dan pegawai kanan Proton, Perodua, Persatuan Automotif Malaysia, PEDA, DRB-HICOM dan Persatuan Penjual Kereta Perodua untuk menangani masalah kelembapan jualan sektor automotif.


PEDA dalam satu kenyataannya berkata, Bank Negara percaya isu itu timbul disebabkan pelaksanaan garis panduan itu oleh bank.

Ia juga menegaskan beberapa isu dan resolusi yang dikemukakan pada dialog itu.

Satu resolusi meminta bank mengeluarkan satu garis panduan seragam untuk mendidik orang ramai tentang kriteria kelulusan seragam dan syarat dokumentasi seragam bagi pemprosesan pinjaman kenderaan.

PEDA juga berkata, meskipun ia bersetuju dengan objektif dan hasrat Garis Panduan itu yang menggalakkan pemberian pinjaman berdasarkan kemampuan, namun, katanya kriteria kemampuan diberikan tafsiran yang keterlaluan oleh bank.

Katanya, dengan kereta yang lebih murah melalui eksais dan cukai yang lebih rendah atau cara lain, lebih ramai rakyat Malaysia mampu membeli kereta tanpa menjejaskan ekosistem automotif, sekali gus mengekalkan pertumbuhan industri di samping mengurangkan hutang isi rumah.

Persatuan itu berkata, industri automotif menyumbang dengan banyaknya kepada pendapatan negara melalui duti eksais dan cukai, kerana hampir 90 peratus daripada keseluruhan pengeluaran industri negara adalah bagi pasaran domestik.

“Penyusutan besar jualan kereta kami akan juga menjejaskan peluang pekerjaan secara keseluruhan,” katanya.

Meskipun kadar kelulusan kekal stabil pada 54 peratus bagi pembiayaan kenderaan pada Januari, persatuan itu berkata sebilangan besar permohonan pinjaman langsung tidak diterima untuk diproses yang menyebabkan kelulusan susut kepada kadar yang mencemaskan sebanyak hanya 30 peratus.

Friday, February 24, 2012

BNM tunggu maklum balas Bestino

BANK Negara Malaysia (BNM) masih menunggu maklum balas daripada Bestino Golden House Sdn Bhd (Bestino) bagi mengadakan mesyuarat tiga pihak di antara BNM dengan Bestino dan pelabur untuk berbincang mengenai pelan tawaran memulangkan wang pelabur.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BNMtunggumaklumbalasBestino/Article/index_html
Published: February 24, 2012

BNM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya masih membekukan aset Bestino sebagai bukti mahkamah selagi kes itu belum selesai. Saiz aset RM24.2 juta kini dibekukan mengikut Seksyen 50(1) AMLATFA untuk dijadikan bukti dalam mahkamah. Pihak BNM tidak akan mencairkan aset berkenaan sehingga prosiding kes itu dimuktamadkan.

Kes itu membabitkan empat pengarah Bestino yang didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh mengikut Seksyen 25 (1) Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).

Wednesday, February 22, 2012

PEDA mahu bentuk gabungan bantah garis panduan BNM - Peda

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Kerajaan didesak supaya meneliti semula pelaksanaan Garis Panduan Amalan Pembiayaan Yang Baik oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kerana didakwa bakal membunuh industri automotif tempatan.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_02.htm
Published: February 22, 2012

Presiden Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia (Peda), Armin Baniaz Pahamin (gambar) berkata, pihaknya akan bergabung tenaga dengan semua pengedar dan vendor Proton, Perodua dan Naza Kia untuk membentuk satu gabungan dalam memperjuangkan isu tersebut.

Beliau berkata, Peda begitu serius dalam menentang pelaksanaan garis panduan itu terutama dalam industri automotif kerana ia telah menjejaskan seluruh ekosistem sektor tersebut.

Malah, katanya, penguatkuasaan garis panduan itu juga tidak selari dengan agenda kerajaan dalam membangunkan industri tersebut yang bakal menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar.

Bukan itu sahaja, bahkan pelaksanaan garis panduan tersebut juga bertentangan dengan Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk membangunkan industri automotif negara.

‘‘Kita tidak payah bercakap pasal industri automotif kalau pelaksanaan garis panduan ini diteruskan.

‘‘Lebih baik industri automotif yang dibangunkan ditutup sahaja,’’ kata beliau dalam nada yang keras kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau berkata, Peda sudah pun memberi surat bantahan rasmi kepada BNM berhubung pelaksanaan garis panduan itu dan pertemuan dengan Bank Pusat itu dijangka berlangsung pada Jumaat ini.

Armin berkata, pihaknya akan mengemukakan surat yang sama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kementerian Kewangan supaya rintihan industri automotif negara diberi perhatian sewajarnya.

Mengulas lanjut, Armin berkata, Peda wajar mempersoalkan penguatkuasaan garis panduan itu kerana industri tersebut memang bergantung sepenuhnya kepada pasaran domestik.

Tegas beliau, Malaysia bukan seperti Thailand yang mengeluarkan kereta kira-kira dua juta setahun untuk tujuan domestik dan luar negara.

‘‘Macam Proton hanya menghasilkan sebanyak 30,000 setahun, jual dalam 25,000, bukan besar pun. Itu belum dikira jangka hayat penggunaan kereta di Malaysia antara 10 hingga 15 tahun.

‘‘Dengan cabaran-cabaran lain yang perlu dihadapi oleh industri automotif, pelaksanaan garis panduan oleh BNM memang menambah ancaman kepada skala ekonomi sektor ini.

‘‘Industri automotif tempatan seperti Proton dan Perodua tidak boleh bergantung kepada eksport, pelaburannya terlalu besar.

‘‘Tetapi, kalau di negara sendiri pun sukar ‘hidup’ dengan pelbagai peraturan, lebih baik tutup sahaja industri ini,’’ tegasnya.

Dalam pada itu, Armin menjangkakan unjuran jualan kereta pada bulan Januari 2012 sebenarnya lebih teruk daripada yang diumumkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) semalam.

Dakwanya, jumlah yang dilaporkan oleh MAA itu telah mengambil kira jumlah tempahan yang dibuat pada Disember tahun lalu.

‘‘Kalau ditolak dengan tempahan bulan lalu, sudah pasti jumlah Januari lebih buruk,’’ katanya.

Jelas beliau, jangkaan itu berdasarkan pengalamannya sendiri yang melakukan proses permohonan membeli kereta baharu bagi para pelanggannya.

Daripada 10 borang yang dikemukakan kepada pihak bank, tujuh borang akan ditolak sebelum atau selepas permohonan.

BNM beri masa 6 bulan ubah suai mesin

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Para pengendali dan penjual utama mesin wang tunai diberikan masa selama enam bulan untuk mengubah suai mesin wang tunai mereka supaya mampu menerima duit syiling baharu.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_04.htm
Published: February 22, 2012

Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, pengendali dan penjual yang belum berbuat demikian digesa untuk berbuat demikian secepat yang mungkin demi kemudahan orang ramai.

‘‘Kami sedar isu akan berlakunya kemungkinan timbul beberapa masalah berhubung penggunaan mesin wang dan ia tidak dapat dielakkan,’’ kata BNM dalam kenyataannya di sini.

Bank Pusat itu berkata demikian sebagai maklum balas kepada rungutan orang ramai tentang mesin wang tunai yang tidak dapat menerima duit syiling Malaysia siri baharu.

Duit syiling baharu itu mula diperkenalkan dan digunakan oleh orang ramai pada 16 Januari 2012 bertujuan untuk menambah baik reka bentuk duit syiling sedia ada yang digunakan sejak lebih 20 tahun lalu.

Selain mudah digunakan dan moden, duit syiling baharu tersebut mempunyai ciri keselamatan yang lebih baik.

Bagi memudahkan orang ramai menggunakannya, duit syiling baharu itu lebih ringan, bersaiz kecil dan dibuat daripada bahan yang lebih tahan lama.

Duit syiling baharu itu juga direka untuk membolehkan pengguna yang kurang upaya penglihatan mudah mengenali dan membezakan setiap denominasi duit syiling 50 sen, 20 sen, 10 sen dan 5 sen.

Jualan kereta terjejas teruk

JUALAN kereta PROTON pada Januari dan pertengahan bulan ini mengalami kemerosotan ketara apabila hanya 30 peratus permohonan sewa beli bakal pembeli diluluskan berikutan langkah institusi kewangan membuat penilaian lebih ketat terhadap kemampuan membayar balik pemohon bermula 1 Januari lalu. 

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Jualankeretaterjejasteruk/Article/index_html
Published: February 22, 2012

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JualankeretaPROTONmerosot/Article
Published: February 22, 2012

Penilaian ketat institusi kewangan terhadap kemampuan bayar balik pemohon

Sebelum pelaksanaan langkah itu, kadar kelulusan keseluruhan pinjaman kereta PROTON di negara ini sudah pun berada pada tahap kritikal dengan hanya 50 peratus permohonan diluluskan.

Daripada jumlah itu pula, kira-kira 25 peratus telah dikurangkan nilai pinjaman daripada jumlah yang dipohon.

Mendedahkan perkembangan itu, Presiden Persatuan Peniaga PROTON EDAR Malaysia, Armin Baniaz Pahamin, berkata daripada setiap 10 permohonan yang dikemukakan pihaknya kepada bank pada Januari lalu, kira-kira 70 peratus sudah ditolak.

Sehubungan itu, beliau menggesa Bank Negara Malaysia mengkaji semula langkah itu bagi mengelakkan pertumbuhan industri automotif tempatan terbantut.

Katanya, jika keadaan semasa berterusan keseluruhan ekosistem dalam rangkaian industri automotif, termasuk vendor, pengedar, peniaga, penasihat jualan dan pekerjaan lain juga akan terjejas teruk.

“Demografi pembeli kereta PROTON mewakili majoriti penduduk Malaysia yang bergaji sederhana tetapi memperoleh pendapatan daripada pelbagai sumber lain seperti elaun, komisyen dan kerja lebih masa.

“Jika langkah ini tidak dikaji semula, industri automotif tempatan yang menyokong pertumbuhan ekonomi negara, akan beransur-ansur merosot kerana purata penduduk Malaysia tidak berupaya memenuhi garis panduan ini,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam.

Di bawah garis panduan baru Bank Negara, institusi kewangan kini perlu mengambil kira pendapatan bersih, iaitu selepas ditolak potongan wajib seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), potongan cukai berjadual (PCB) serta semua tanggungan hutang lain ketika menilai kemampuan pemohon membayar balik pinjaman.

Sebelum ini institusi kewangan hanya mengambil kira jumlah pendapatan kasar ketika meluluskan sesuatu permohonan pinjaman.

Amrin berkata, garis panduan baru yang lebih ketat itu juga akan memberi laluan kepada kewujudan along atau ceti haram yang lebih ramai, selain pada masa sama turut menggalakkan wujudnya kumpulan pekerja yang tidak produktif di Malaysia.

“Produktiviti kerja antara lain wujud kerana adanya komitmen bulanan bagi seseorang itu membayar balik pinjaman seperti perumahan dan kenderaan.

“Jadi, seseorang itu akan bekerja keras selain berusaha dinaikkan pangkat bagi mengukuhkan jumlah gaji bulanannya yang mana ia seterusnya akan meningkatkan produktiviti keseluruhan,” katanya.

Beliau berkata, Bank Negara sepatutnya menggalakkan persaingan sihat di kalangan bank dalam menyediakan pembiayaan kepada pembeli dan mengadakan prosedur pematuhan yang seragam untuk menjadi rujukan kepada orang ramai apabila membeli kereta.

“Persatuan akan mengadakan dialog dengan Bank Negara Jumaat ini bagi mencari jalan penyelesaian terbaik menyelesaikan masalah itu,” katanya.

Friday, February 17, 2012

Bank Negara, Fatwa Council Explains Foreign Currency Trading Status

KUALA LUMPUR, Feb 16 (Bernama) -- Bank Negara Malaysia clarified that buying and selling of foreign currency in Malaysia is only allowed with licensed commercial banks, Islamic banks, investment banks and international Islamic banks as provided for under the Exchange Control Act 1953.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/newsbusiness.php?id=646174
Published: February 17, 2012


Such trading is also allowed with licensed money services business providers (money changers) as provided for under the Money Services Business Act 2011.

In addition, Shariah-compliant financial products, including foreign exchange related transactions, offered and transacted by licensed Islamic financial institutions are approved by the Shariah Committee of the respective financial institutions with endorsement from the Shariah Advisory Council of Bank Negara Malaysia, it said in a statement Thursday.

In a separate statement to explain the ruling that foreign exchange (forex) trading is forbidden (haram) for Muslims, the National Fatwa Council chairman, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, said the ban on forex trading is in reference to the ban on forex trading scheme by individual spot forex via electronic platform which is against the law.

He said the disallowance is not applicable to forex trading through licensed money changers and financial institutions.

"I find that my statement was wrongly reported by some media organisations that said that all foreign exchange trading is forbidden," he said.

Thursday, February 16, 2012

Direct Investment Posts Net Outflow Of RM7.9 Billion

KUALA LUMPUR, Feb 15 (Bernama) - Direct investment posted a net outflow of RM7.9 billion for the fourth quarter (Q4) of 2011 from RM7.7 billion in the previous quarter, said Bank Negara Malaysia (BNM) today.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/newsbusiness.php?id=645947
Published: February 16, 2012

Year-on-year (Y-O-Y), direct investment switched to net outflow of RM7.9 billion from net inflow of RM1.9 billion in the previous corresponding period. The central bank said the scenario was attributed to higher net outflow in direct investment abroad (DIA) of RM14.4 billion (Q4 2010: -RM8.9 billion) and lower net inflow in foreign direct investment (FDI) of RM6.5 billion (Q4 2010:RM10.7 billion).

In 2011, direct investment continued to show net outflow of RM12.4 billion (2010:-RM13.6 billion), a decrease of RM1.2 billion. The was attributed to net inflow in FDI, which rose to RM32.9 billion from RM29.3 billion in 2010. Meanwhile, DIA posted higher net outflow of RM45.3 billion (2010: -RM42.9 billion).

In addition, it said the portfolio investment registered lower net outflow of RM2.7 billion for Q4 of 2011 from RM23.4 billion in the previous quarter.

Portfolio investment reverted from net inflow of RM3.5 billion Y-O-Y to net outflow of RM2.7 billion. Cumulatively, in 2011, portfolio investment registered lower net inflow of RM30.3 billion from RM48.5 billion in 2010.

BNM also said that international reserves rose by RM6.3 billion in Q4 2011, compared to a rise of RM10.9 billion in the previous quarter, to RM423.4 billion at end-2011.

-- BERNAMA

Thursday, February 9, 2012

Kaji peraturan Bank Negara (Perodua)

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Biarpun menyedari pentingnya pelaksanaan Garis Panduan Amalan Pembiayaan Yang Bertanggungjawab oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang dikuatkuasakan pada awal tahun ini, ramai mulai bimbang tentang kesannya kepada operasi perniagaan masing-masing.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_03.htm
Published: February 09, 2012

Beberapa industri termasuk perbankan, insurans, takaful dan hartanah juga sudah mula mengeluh kerana pelaksanaan peraturan baharu oleh bank pusat itu sudah mula menampakkan kesan kepada seluruh rantaian perniagaan.

Pengarah Urusan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd., Datuk Aminar Rashid Salleh, turut menyatakan jumlah tempahan kereta merosot sehingga 20 peratus pada Januari lalu ekoran pelaksanaan garis panduan itu.

Sektor perniagaan menerima tamparan yang hebat kerana individu semakin sukar mendapat pinjaman. Di bawah Garis Panduan baharu, kelulusan permohonan pinjaman yang dikemukakan oleh individu berdasarkan gaji bersih pemohon.

Ini bermakna, pihak perbankan yang menerima permohonan pinjaman individu mengambil kira potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), cukai dan tanggungan hutang-hutang lain sebelum meluluskan pinjaman yang dipohon.

Dengan lain perkataan, peraturan yang ditetapkan oleh garis panduan tersebut mengecilkan peluang pemohon terutama mereka yang memiliki banyak potongan.

Sememangnya tindakan BNM itu memanglah baik, selaras dengan matlamatnya untuk mengurangkan kadar hutang isi rumah Malaysia untuk mengelak berlakunya atau timbulnya masalah seperti di Greece, meskipun keadaan di negara ini masih terkawal.

Bagaimanapun, apabila semakin banyak rungutan yang kedengaran ekoran penguatkuasaan peraturan itu, timbul persoalan kenapa BNM perlu mewujudkan peraturan yang cukup ketat, sedangkan kesannya dikhuatiri menjejaskan ekonomi negara. Apakah yang akan berlaku kepada industri-industri penjana ekonomi sekiranya garis panduan itu diteruskan?.

Pelaksanaan garis panduan itu dikhuatiri menjejaskan industri yang banyak berkait kepada permintaan daripada pemohon individu.

Sekiranya semakin kurang pinjaman yang boleh dipohon, sudah tentu prestasi institusi perbankan tempatan merudum, begitu juga jika permohonan membeli kereta sukar mendapat kelulusan bank, ia boleh menjejaskan industri automotif negara.

Kalau industri automotif terjejas, apakah jadi dengan nasib-nasib vendor dan rantaian bekalan yang lain dalam industri terbabit.

Seperti mana Aminar, seorang tokoh hartanah turut khuatir pelaksanaan garis panduan itu akan menjejaskan jualan hartanah negara.

Begitu juga dengan industri insurans dan takaful kerana kebanyakan pelanggan tempatan memilih untuk melakukan potongan gaji bagi melanggan produk-produk perlindungan itu.

Itu belum dikira berapa banyak pelabur yang memotong gaji untuk tujuan melabur dalam pelbagai unit amanah.

Biarpun langkah yang diambil oleh BNM itu baik tetapi nampaknya pendekatan yang diambil terlalu drastik sehingga memberi kesan yang cukup pantas kepada rantaian industri yang menjana ekonomi negara.

Ramai berpendapat garis panduan itu boleh dilaksanakan tetapi secara berperingkat-peringkat, contohnya mengenakan peratusan tertentu dalam mengambil kira keupayaan individu meminjam.

Atau BNM boleh mengenakan peraturan tersebut dengan mengasingkan peraturan pinjaman keperluan hidup dengan pinjaman gaya hidup. Bukankah itu lebih baik?.

Pada masa sama, BNM juga perlu mengawal tindakan institusi perbankan dan kewangan yang memperkenalkan pelbagai produk-produk yang tidak sepatutnya semata-mata untuk memancing supaya orang ramai membuat hutang.

Adalah lebih baik kawalan terhadap permohonan kad kredit diberi tumpuan khusus berbanding dengan pinjaman-pinjaman untuk keperluan hidup.

Justeru, BNM wajar melihat semula keberkesanan dan impak pelaksanaan garis panduan itu semula untuk memastikan matlamat dan objektif sebenar dapat dicapai.

Kekal syarat pinjaman asal (Cuepacs)

GARIS Panduan Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab yang diperkenalkan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk kelayakan permohonan pinjaman perlu berdasarkan pendapatan bersih dijangka memberi kesan tidak langsung kepada penjawat awam.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kekalsyaratpinjamanasal/Article/index_html
Published: February 09, 2012

Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman berkata, garis panduan berkenaan dijangka memberi kesan baik kepada penjawat awam untuk jangka masa panjang, namun dalam masa sama ia boleh memberi tekanan sekiranya ada di kalangan mereka yang benar-benar memerlukan pinjaman.

“Kita tahu langkah BNM adalah untuk mendidik orang ramai daripada membuat pinjaman melebihi kemampuan kewangan mereka, namun ia seharusnya diperhalusi dan sepatutnya diguna pakai hanya untuk segelintir kumpulan saja.

“Ini kerana ada di kalangan penjawat awam yang menerima gaji bersih sekitar RM200 hingga RM400 saja dan berapa pula pinjaman yang mereka boleh dapat daripada jumlah berkenaan sedangkan ia perlu untuk menampung perbelanjaan lain,” katanya ketika dihubungi Bisnes Metro.

Menurutnya, garis panduan berkenaan sesuai diguna pakai untuk individu yang mempunyai pendapatan tinggi sebaliknya ia tidak sesuai untuk mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

“Mana-mana individu pasti akan berhutang dan ia bergantung kepada usaha mereka untuk melunaskan hutang berkenaan walaupun terpaksa mencari pendapatan sampingan bagi menampung hutang itu.

“Pada pendapat saya, pihak bank seharusnya kekal dengan kelayakan pinjaman mengikut gaji kasar kerana ia lebih relevan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi,” katanya.

Omar berkata, sekiranya syarat kelayakan itu tidak dikaji semula, pihaknya bimbang lebih banyak individu akan beralih kepada pemberi pinjaman tidak berlesen yang menawarkan pinjaman lebih mudah tanpa syarat ketat.

“Kita bimbang lebih ramai akan memilih pinjaman tidak berlesen yang menawarkan pelbagai pinjaman mudah hanya kerana mahu membeli kenderaan untuk ke tempat kerja kerana gagal membuat pinjaman melalui institusi kewangan berlesen,” katanya.

BNM mengumumkan bahawa berkuat kuasa 1 Januari lalu, pihaknya menetapkan Garis Panduan Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab yang menetapkan kelayakan permohonan pinjaman bank perlu berdasarkan pendapatan bersih dan bukan lagi pendapatan kasar pemohon.

Dalam usaha mengurangkan hutang isi rumah di negara ini yang masih terkawal, BNM juga mengehadkan tempoh pembiayaan pinjaman kenderaan hanya selama sembilan tahun berbanding 11 tahun sebelum ini.

Di bawah garis panduan tanggungjawab pembiayaan baharu itu, permohonan pemohon juga dinilai berdasarkan potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan cukai serta mengambil kira semua tanggungan hutang semasa.

Bagaimanapun, permohonan itu hanya membabitkan segmen runcit seperti pembiayaan kediaman, kenderaan, kad kredit dan kad caj, pinjaman peribadi termasuk kemudahan overdraf serta pembiayaan bagi pembelian sekuriti kecuali pembiayaan margin saham.

Tetap nisbah gaji bersih 70:30 (Angkasa)

ANGKATAN Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) meminta supaya had kelayakan permohonan pinjaman bank mengikut Garis Panduan Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab ditetapkan pada kadar munasabah sekurang-kurangnya pada nisbah 70:30.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tetapnisbahgajibersih70_30/Article/index_html
Published: February 09, 2012

Presidennya, Datuk Mohd Ali Baharum berkata, pihaknya meminta BNM mengkaji semula garis panduan berkenaan dan berharap agar kadar kelayakan dapat ditingkatkan bagi memberi ruang kepada peminjam mendapatkan pinjaman mengikut keperluan masing-masing.

“Garis panduan ini baik untuk mengekang masalah keberhutangan di kalangan peminjam, namun pada masa sama ia mengundang masalah lain kerana ada beberapa perkara yang memerlukan seseorang itu mendapatkan pinjaman, tetapi tidak dapat dilakukan disebabkan tidak melepasi syarat kelayakan baru ditetapkan BNM,” katanya ketika dihubungi Bisnes Metro, minggu lalu.
Menurutnya, Angkasa sudah mengguna pakai garis panduan seumpama itu dengan menetapkan nisbah 60:40 daripada gaji bersih.

“Kami menggunakan nisbah 60:40 apabila pembiayaan hanya diberikan berdasarkan 60 peratus daripada gaji bersih peminjam dan lebihan 40 peratus adalah gaji yang diterima untuk menampung keperluan sampingan,” katanya.

Pengaturan swap untuk 3 tahun lagi

BANK Negara Malaysia (BNM) dan People’s Bank of China mengumumkan memperbaharui pengaturan swap mata wang untuk tempoh tiga tahun lagi membabitkan peningkatan jumlah kepada RMB180 bilion (RM90 bilion).

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pengaturanswapuntuk3tahunlagi/Article/index_html
Published: February 09, 2012

Dalam satu kenyataan bersama antara BNM dan People’s Bank of China, semalam, kedua-dua pihak memberitahu perjanjian asal dimeterai 8 Februari 2009 dengan jumlah permulaan sebanyak RMB80 bilion (RM40 bilion).

Perjanjian swap mata wang itu akan mengukuhkan lagi kerjasama kewangan dan menggalakkan perdagangan dan pelaburan dua hala antara Malaysia dan Republik Rakyat China.

Wednesday, February 8, 2012

Jualan kereta Proton terjejas

KUALA LUMPUR 7 Feb. - Persatuan Pengedar-Pengedar Proton Edar Malaysia (Peda) mendakwa penjualan kereta baharu Proton terjejas teruk sejak pelaksanaan peraturan baharu garis panduan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dikuatkuasakan bulan lalu.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_03.htm
Published: February 08, 2012

Presidennya, Armin Baniaz Pahamin berkata, pada bulan Januari sahaja sebanyak 80 peratus permohonan telah ditolak mengakibatkan ramai pengedar kerugian dan jurujual terjejas akibat tidak menerima komisen.

Menurut beliau, permohonan pinjaman telah ditolak terus oleh pihak bank tanpa pemerosesan pinjaman selepas mendapati pendapatan bersih pemohon kurang daripada jumlah yang ditetapkan.

Bagi pembeli kereta baharu Proton, pendapatan bersih minimum adalah RM800. Malah, pihak bank juga mengenakan syarat penjamin untuk pemohon graduan baru bekerja walaupun, gaji mereka melebihi RM2,000 sebulan.

Beliau berkata, sebelum garis panduan itu dikuatkuasakan, permohonan untuk pinjaman sewa beli kereta telah pun diperketatkan dengan kelulusan pinjaman yang terhad kepada peminjam yang lulus dari segi pemarkahan kredit yang ditetapkan oleh institusi perbankan.

Pemarkahan kredit itu mengambil kira pembayaran lampau kredit peminjam, pendedahan pinjaman sedia ada peminjam, dan pemeriksaan kredit CCRIS dan CTOS.

Disebabkan oleh pemarkahan kredit yang tinggi, ramai pembeli sebelum ini juga gagal mendapatkan pinjaman sewa beli.

''Dengan adanya garis panduan baharu ini, saya menjangka lebih banyak lagi permohonan yang akan ditolak atau gagal.

''Sebelum ini, walaupun pendapatan bersih peminjam adalah sedikit (kurang dari garis panduan), tetapi jika rekod pembayaran lampau peminjam adalah baik, peminjam masih boleh mendapatkan pinjaman sewa beli.

''Tetapi kini, jika pendapatan bersih pemohon adalah kurang dari jumlah yang dibenarkan, permohonan itu akan terus ditolak walaupun peminjam mempunyai rekod pembayaran yang baik dan sempurna," katanya kepada Utusan Malaysia.

Tegas beliau, garis panduan itu didakwa akan menjejaskan keseluruhan perniagaan dan industri automotif negara.

Katanya, industri automotif bukan sahaja kerugian dari kegagalan pembeli mendapatkan kelulusan pinjaman dari bank, tetapi tempoh kelulusan untuk permohonan pinjaman juga telah merosot.

Beliau mendakwa, institusi perbankan mengambil masa lebih daripada lima hari bekerja untuk meluluskan atau menolak permohonan pinjaman dan tempoh yang diambil itu turut menyumbang kepada kerugian sektor automotif dari segi pusingan masa.

''Industri automotif adalah sektor yang sungguh rapuh pada tahun ini kerana dua perubahan kepada polisi kerajaan yang amat penting bagi industri automotif. Pertama, pemindaan Akta Sewa Beli dan keduanya garis panduan oleh BNM.

''Ekosistem industri automotif telah pun terjejas akibat daripada pemindaan kepada Akta Sewa Beli yang berkuat kuasa tahun lepas. Dengan penguatkuasaan garis panduan jualan automotif akan lebih merosot," ujar beliau.

BNM sepatutnya membuat satu garis panduan yang menggalakkan persaingan di antara bank untuk mendorong institusi kewangan supaya menjadi lebih kompetitif dalam memastikan pelanggan diberi layanan sama rata dalam penjualan, pemasaran dan pengurusan kemudahan pembiayaan dan bukan dengan cara membendung dan memperketatkan kelulusan pinjaman bank yang akan merugikan rakyat dan ekonomi.

Dijangka lebih 4,000 penasihat jualan Proton Edar dan lebih 15,000 jurujual kereta baharu dan terpakai dalam ekosistem automotif akan terjejas dengan kadar kegagalan yang tinggi untuk pembeli kereta mendapatkan kelulusan pinjaman bank.

Berikutan itu, Peda menggesa institusi bank melancarkan pelan pinjaman alternatif seperti 'step up financing' yang melayakkan pemohon yang bergaji rendah untuk mendapatkan pinjaman berdasarkan bayaran ansuran bulanan yang akan bertambah setiap tahun.

Tighter lending rules

PETALING JAYA: Personal loans, which form part of household loans, are expected to grow 15% this year a relatively slower pace than last year on stricter household lending rules coupled with external headwinds that impact economic growth.

Source from (The Star Online): http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/2/7/business/10664672&sec=business
Published: February 08, 2012

Personal loans expected to grow at slower pace this year as banks turn more cautious

Malaysian Rating Corp Bhd chief economist Nor Zahidi Alias expected a moderation in economic activity and stricter lending rules by banks.

“The growth in personal loans will still be relatively strong this year albeit slower than in 2011 as banks tighten their lending rules in response to slower economic growth.

“Although bad debt as a percentage of total debt has not increased in recent times, banks will likely be more cautious for several reasons.



“This takes into account a more moderate gross domestic product (GDP) growth this year .

“We foresee a GDP growth of 4.4% in 2012, which is lower than the Government's projection of 5% to 6%,” Nor Zahidi told StarBiz.

“As such, some segments of the labour market may be affected.

“The high household debt as a percentage of GDP (in Malaysia's case, it is more than 75% of GDP) means that the household sector's balance sheet is somewhat overstretched.

“This is the reason why Bank Negara undertook measures, among others, to impose a lower loan-to-value ratio for the purchase of third and subsequent properties and lower credit limits for users whose incomes are below RM3,000 per month,” Nor Zahidi said.

According to Bank Negara statistics, loans provided by commercial and Islamic banks for “personal use” increased by 20.2% to RM50.8bil as at end-December 2011 from RM42.3bil a year ago.



At the end of December 2010, the growth in loans provided for personal use by these institutions moderated to 13.5% following the recession in 2009.

As a whole, the amount of loans given out by these institutions have surged from RM23.2bil at the end of 2006 to RM50.8bil at end of 2011, an increase of 119% in five years.

The household sector remained the strongest growth contributor, making up 55% of the banking system's loans. At end-November 2011, personal loans accounted for some 5% of the system's loans.

RAM Ratings head of financial institution ratings Wong Yin Ching said the central bank had been proactive in implementing certain targeted measures with respect to household lending to encourage greater financial prudence among individuals since 2010.

She said banks were required to assess potential borrowers' repayment capabilities based on their net instead of gross income; with stricter regulations and more cautious consumer sentiment, the rating agency expected loans growth for the household sector to moderate this year.

Wong added: “The likelihood of a recession in Europe this year would also dampen external demand, negatively affecting our exports and industrial production.

“Projects under the Economic Transformation Programme and 10th Malaysia Plan might spur financing growth although this will depend on the pace of the roll-outs. Overall, we estimate total loans growth for the domestic banking system at 8% to 9% in 2012.”

Many analysts expect the responsible lending guidelines, which came into effect since Jan 1, would help to slow down the growth in personal loans.

Among others, the guidelines would require banks to use net income to calculate the debt service ratio for loan approvals.

“Up to December, the guidelines did not slow down personal loans growth which was still picking up. But over the next few months, it would likely show some impact,” an analyst noted.

The guidelines cover housing, personal and car loans, credit cards, receivables and loans for the purchase of securities.

OCBC Bank (M) Bhd projects a double-digit growth in personal loans this year, similar to that of last year; OCBC's personal loans portfolio was still small but growing, its country chief risk officer Choo Yee Kwan said.

Choo said OCBC had always exercised a prudent approach in assessing the affordability and repayment capacity of borrowers as well as the suitability of products for borrowers in its credit assessments.

“Loans growth will be negatively impacted, to some extent, in the event that external or domestic economic conditions take a turn for the worse. This also depends on the severity of such a downturn in the economic cycle,” he said.

Friday, February 3, 2012

Bank Negara mungkin naikkan kadar faedah 0.25 peratus

BANK Negara Malaysia berkemungkinan menaikkan kadar faedah sebanyak 0.25 peratus pada separuh kedua tahun ini jika tekanan terhadap inflasi terus meningkat, kata OSK Invesment Bank Bhd. 

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BankNegaramungkinnaikkankadarfaedah0_25peratus/Article
Published: February 03, 2012

"Bank Negara mempunyai ruang untuk menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) jika diperlukan, tetapi memandangkan risiko yang ada, kami menjangka ia akan mengekalkannya pada 3.0 peratus, bagi sekurang-kurangnya dalam tempoh separuh pertama ini," kata bank pelaburan itu dalam nota penyelidikannya.
Katanya, ia percaya bank pusat akan menurunkan OPR, hanya jika persekitaran ekonomi global terus merosot.

Pada Selasa lalu, Bank Negara memutuskan untuk mengekalkan OPR pada kadar tiga peratus.

OSK Investment berkata, kemungkinan besar, risiko cenderung kepada kenaikan kadar kerana tekanan inflasi dijangka meningkat susulan perbelanjaan penggunaan awam dan swasta yang kukuh.

Namun ia berkata, inflasi tidak dijangka memberi ancaman kepada ekonomi negara.

Bank pelaburan itu menjangkakan kesan asas yang positif dan pertumbuhan perlahan ekonomi global akan mengurangkan inflasi tahun ini yang dijangka sederhana pada 2.7 peratus.
Sementara itu, MIDF Research berkata kebimbangan masih lagi berkisar sekitar keadaan kewangan dan ekonomi global.

Masalah seperti krisis hutang Eropah dan kemudahruapan pasaran yang meningkat dijangka terus memberi tekanan kepada pertumbuhan di negara maju dan meningkatkan risiko negatif kepada pertumbuhan ekonomi global, katanya.

Firma penyelidikan itu menjangkakan Bank Negara akan mengekalkan kadar faedah pada paras semasa tahun ini, memandangkan keadaan kewangan dan ekonomi global masih tidak menentu serta pertumbuhan ekonomi domestik cenderung kepada perbelanjaan swasta, yang dilengkapkan dengan perbelanjaan awam.

BNM, Thailand on cross-border collateral arrangement

PETALING JAYA (Feb 2, 2012): Bank Negara Malaysia (BNM) and the Bank of Thailand (BOT) signed a memorandum of understanding (MoU) to enter into a cross-border collateral arrangement to facilitate a reciprocal operational arrangement aimed at enhancing liquidity facilities to financial institutions in both countries.

Source from (The Sun Daily): http://www.thesundaily.my/news/284313
Published: February 03, 2012

Source from (Business Times): http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/siathai/Article/
Published: February 03, 2012

In a joint statement issued on Thursday, they said the collaboration will further support both central banks in preserving monetary and financial stability as well as strengthen the co-operation of both countries in the area of domestic liquidity management.

The MoU also underlines the recognition by both central banks towards the growing presence of cross-border banking and the importance of trade-linkages between the two countries.

Under this arrangement, financial institutions operating in Malaysia may obtain ringgit liquidity from BNM by pledging Thai baht or Thai government and central bank debt securities with BNM.

Similarly, financial institutions operating in Thailand may obtain Thai baht liquidity from BOT by pledging ringgit or Malaysian government and central bank securities.

"This initiative will further strengthen cross-border liquidity management in our financial systems and reinforce our financial economic ties," said BNM governor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

She said the arrangement will also support the expanding regional activities of our financial institutions and will further enhance our regional financial linkages.

BOT governor Dr Prasarn Trairatvorakul said: "The reciprocal cross-border collateral arrangement between BNM and BOT will serve as a basis upon which further financial and economic collaboration can be established . It also marked the importance of cross-border banking operations and the facilitating role of both central banks. This is yet another important step as part of our plan towards further regional and global financial integration."

BNM, Bank of Thailand meterai MoU

KUALA LUMPUR 2 Feb. - Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank of Thailand (BOT) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi mengadakan pengaturan cagaran merentas sempadan bagi memudahkan pengaturan kendalian dua hala bersilang (reciprocal bilateral operational arrangements).

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_02.htm
Published: February 03, 2012

MoU tersebut bertujuan untuk meningkatkan kemudahan mudah tunai bagi institusi kewangan di kedua-dua buah negara.

BNM dalam kenyataan di sini berkata, MoU tersebut membuktikan kedua-dua buah bank pusat itu memperakui peningkatan kewujudan perbankan merentas sempadan dan kepentingan hubungan perdagangan antara kedua-dua negara.

Kata kenyataan itu, kerjasama tersebut akan terus menyokong kedua-dua bank pusat dalam memelihara kestabilan monetari dan kewangan serta mengukuhkan kerjasama kedua-dua negara dalam bidang pengurusan mudah tunai domestik.

"Di bawah pengaturan ini, institusi kewangan yang layak yang beroperasi di Malaysia boleh mendapatkan mudah tunai Ringgit Malaysia (RM) daripada Bank Negara Malaysia dengan memberikan cagaran dalam bentuk Baht Thailand (THB) atau sekuriti hutang Kerajaan Thailand dan sekuriti bank pusat kepada BNM,'' ujar bank pusat itu.

Institusi kewangan yang layak yang beroperasi di Thailand juga boleh mendapatkan mudah tunai Baht daripada BOT dengan memberikan cagaran dalam bentuk ringgit atau sekutiti Kerajaan Malaysia dan sekuriti bank pusat.

Sementara itu, Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, inisiatif itu akan memperkukuhkan lagi pengurusan mudah tunai merentas sempadan dalam sistem kewangan kita dan memperteguh hubungan kewangan dan ekonomi.

Pengaturan ini juga akan menyokong kegiatan serantau institusi kewangan kita yang semakin berkembang dan meningkatkan lagi hubungan kewangan serantau, katanya.

Hadir pada majlis MoU tersebut adalah Gabenor BOT, Dr Prasarn Trairatvorakul.

Short-term rates to remain stable on Bank Negara's intervention

KUALA LUMPUR (Feb 2, 2012): Short-term rates are expected to remain stable today on Bank Negara Malaysia's continued intervention to absorb excess liquidity from the financial market, dealers said.

Source from (The Sun Daily): http://www.thesundaily.my/news/283233
Published: February 03, 2012

The central bank estimated today's surplus at RM46.471 billion in the conventional operations and RM18.399 billion in the Islamic system.

It will conduct a range maturity auction for seven to 90 days involving RM8 billion and a RM500 million repo tender for 41 days.

Bank Negara will also call four Al-Wadiah tenders, namely RM3.6 billion for seven days, RM1.4 billion for 14 days, RM1.9 billion for 19 days and RM3 billion for 28 days.

At 4pm, the central bank will conduct a conventional overnight tender of up to RM39 billion and a RM9.5 billion Al-Wadiah overnight tender.

The price of gold today closed at RM164.31 per gramme, down 35 sen from last Tuesday. -- Bernama

Thursday, February 2, 2012

Bank Negara’s tone shows it’s ready to lower OPR if economy worsens

PETALING JAYA: The cautious tone expressed by Bank Negara in its latest policy statement is a precursor to a possible rate cut in the months ahead, say economists.

Source from (The Star Online): http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/2/2/business/10657067&sec=business
Published: February 02, 2012

They said the central bank's acknowledgement of continuing downside risks to Malaysia's growth signified it stood ready to reduce the country's benchmark overnight policy rate (OPR) amid easing inflationary pressure if local economic conditions worsened.

“Ongoing debt problems in Europe and a slow US recovery still pose significant risks to global growth. We do not rule out the possibility of rate cuts if domestic growth loses traction,” CIMB Research chief economist Lee Heng Guei said in an e-mail to StarBiz.

CIMB Research had earlier said it projected Malaysia's gross domestic product (GDP) growth to slow to 3.8% this year from an estimated 5% for 2011.

 
“At this juncture, the risks to growth and inflation are roughly balanced.

“We think that the door remains open for rate easing, given the weak global growth and domestic growth outlook and anticipated slower inflation,” Lee explained.

He believed the OPR would be reduced to the band of 2.5%-2.75% by the end of 2012 compared with 3% at the end of last year.

HSBC Global Research said it expected growth risks would dominate and compel the central bank to cut the OPR by 50 basis points during the first half of 2012.

“However, before Bank Negara embarks on this mini easing cycle, we would need to see a more sustained decline in inflation and further evidence of adverse global economic effects spilling over to domestic consumption and investment,” it said in a report.

Bank Negara on Tuesday announced its decision to maintain the OPR at 3% at least until the next Monetary Policy Committee (MPC) meeting on March 9. The move was in line with market expectations.

Governor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz had earlier said the current interest rates in the country were still supportive of growth.

According to the latest MPC assessment, the global environment would become more challenging in the months ahead and Malaysia's overall economic growth and inflation prospects would be affected by external developments.

Bank Negara said while the country's economy was expected to continue expanding, underpinned by sustained domestic consumption and investment activities, the external sector was already showing signs of moderation, with slower growth in exports and industrial production.

It pointed out that global economic and financial conditions had deteriorated in recent months because of the escalation of the sovereign debt crisis in Europe, the ongoing fiscal consolidation and the significant policy uncertainties.

On a positive note, the central bank said it expected the country's headline inflation, as measured by the consumer price index, to moderate this year.

This would happen as cost-push pressure would likely ease amid a slowing global economic activity that would alleviate pressure on key commodity prices, while the impact of domestic demand factors on inflation would likely be contained, it said.

Nevertheless, it said risks to inflation could still arise from supply disruptions that would result in higher food and commodity prices.

On that note, Bank Negara said the MPC would continue to “assess carefully the risks to domestic growth and inflation”.

Economists at Barclays Capital said they remained biased to maintain their base case that Bank Negara would keep the OPR unchanged in the first half-year.

“We sense that Bank Negara remains cautious but it is not prepared to provide any monetary accommodation just yet.

“On growth, the strong pipeline of investment projects, Government spending, stable labour conditions and large share of intermediate imports (roughly 65%) should help offset the negative impact.”

On inflation, Barclays said Malaysia was almost self sufficient in food and was a net exporter of energy, which meant that in terms of upside risks to commodity prices, particularly energy, the country was likely to benefit on the growth front.

Furthermore, palm oil, which is a key export commodity, had risen over 11% since October, providing a boost to private consumption, it said in a note.

“In our view, the probability of a rate cut is likely to rise if weaker global growth conditions spill over into the domestic economy faster than Bank Negara's expectation.

“This would appear in the form of higher labour retrenchments, weak credit disbursement, falling house prices and two to three months of sharp declines in manufacturing sector output,” it added.

Economists at Royal Bank of Scotland (RBS) concurred that the OPR would remain stable through the first half-year.

Expecting Malaysia's GDP to grow between 4% and 5% in 2012, RBS said although the growth rate was sub-potential, it was unlikely to motivate easing, as the level of growth rate was still supportive of employment growth.