KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) sedang
mengkaji untuk mengurangkan pengeluaran wang kertas RM1 dan RM5 melalui
beberapa fasa mulai Aidilfitri ini.
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/kaji-kurangkan-pengeluaran-wang-kertas-1.178421
Published: July 01, 2013
Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/NotRM1_RM5mesraalam/Article/index_html
Published: July 01, 2013
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130703/ek_01/BNM-kurangkan-pengeluaran-wang-RM1-RM5
Published: July 01, 2013
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=960306
Published: July 01, 2013
Norzila Abdul Aziz (kanan) dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga,
Teknologi Hijau dan Air, Nor Aini Abdul Wahab menunjukkan wang polimer yang
sesuai untuk edaran semula di Kuala Lumpur
Penolong Gabenor BNM Norzila Abdul Aziz berkata BNM akan mengitar semula
wang kertas denominasi RM1 dan RM5 pada perayaan Aidilfitri bagi
melestarikan sumber asli dan memulihara alam sekitar.
"Setiap tahun BNM mencetak 500 juta keping wang kertas baharu untuk memenuhi permintaan sempena musim perayaan."
"Bayangkan betapa banyaknya penggunaan dan pembaziran sumber negara
yang telah berlaku yang sepatutnya boleh dimanfaatkan untuk kegunaan
lain," katanya pada sidang berita selepas melancarkan Majlis Pelancaran
Kempen Amalan Hijau Penggunaan Wang Polimer Sesuai Untuk Edaran Semula
di sini Selasa.
Norzila berkata BNM akan mencetak 70 peratus wang kertas baharu RM1 dan
mengitar semula 30 peratus wang kertas RM1 manakala bagi wang kertas
RM5, BNM akan mengitar semula 60 peratus wang kertas RM5 dan mencetak 40
peratus wang kertas baharu RM5.
Katanya wang polimer diperkenalkan pada 2004 bagi wang RM5 untuk
meningkatkan daya tahan wang itu serta mengurangkan pembaziran dan
kemudiannya diperkenalkan wang polimer RM1 pada 2012 apabila wang
polimer RM5 terbukti berkesan.
"BNM telah mengeluarkan wang polimer RM1 dan RM5 di mana wang polimer
ini lebih berkualiti serta tahan lama dan jangka hayatnya adalah antara
dua hingga tiga kali lebih lama berbanding dengan wang kertas," katanya.
Katanya wang polimer boleh terus diedarkan lebih lama berikutan
keupayaannya mengekalkan keselamatan dan kualiti estetik sepanjang hayat
penggunaannya.
Menurutnya, orang ramai tidak perlu ragu-ragu menggunakan wang kertas
yang sesuai sebagai "duit raya" kerana hanya wang berkualiti tinggi
dikitar semula.
"BNM akan memastikan wang kertas dan polimer yang mencukupi dalam semua
denominasi untuk memenuhi permintaan musim perayaan ini."
"Persatuan Bank-bank dalam Malaysia dan Persatuan Institusi Perbankan
Islam Malaysia akan menggalakkan dan membantu aktiviti kitar semula wang
kertas dan polimer yang sesuai untuk edaran semula dengan
mengeluarkannya melalui cawangan bank dan mesin wang automatik,"
katanya.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment