KUALA LUMPUR, 8 Julai -- Garis panduan baharu Bank Negara Malaysia
(BNM) bagi pinjaman perumahan dan peribadi akan membantu mengurangkan
hutang isi rumah di negara ini dan menggalakkan pembiayaan
bertanggungjawab dan pertumbuhan kredit pengguna yang mapan.
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130708/ek_17/Syarat-baharu-BNM-kurangkan-hutang-isi-rumah
Published: July 09, 2013
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=961803
Published: July 09, 2013
Di bawah garis panduan baharu itu, pembeli hartanah tidak lagi di beri
opsyen untuk membuat pinjaman bagi tempoh lebih daripada 35 tahun.
Sesiapa sahaja yang membuat pinjaman peribadi kini hanya boleh berbuat
demikian bagi tempoh sehingga 10 tahun.
Pengurus Perhubungan Awam iProperty Group, Debbie Pereira, berkata
garis panduan itu akan memberi kesan kepada generasi muda yang akan
berdepan garis panduan lebih ketat dalam pembelian rumah mereka.
"Ia tidak akan memberi kesan kepada generasi lebih tua. Justeru itu,
jualan rumah dijangka tidak terjejas," katanya pada majlis penyampaian
hadiah kepada pemenang kempen "Happily Ever After Home Campaign"
syarikat di sini, Isnin.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment