Saturday, July 13, 2013

Kadar jangka pendek stabil, campur tangan BNM

KUALA LUMPUR 12 Julai - Kadar jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) di dalam pasaran wang bagi menyerap lebihan kecairan dari sistem kewangan.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130712/ek_11/Kadar-jangka-pendek-stabil-campur-tangan-BNM
Published: July 13, 2013

Lebihan kecairan di dalam operasi konvensional turun kepada RM18.53 bilion berbanding anggaran awal RM23.57 bilion dan RM1.15 bilion di dalam dana Islam berbanding RM4.23 bilion sebelum ini.

Sebelum itu, BNM melaksanakan empat tender konvensional, satu tender repo dan tiga tender Al-Wadiah.

BNM turut melaksanakan satu tender konvensional lewat bagi RM17.3 bilion dan RM3.1 bilion tender Al-Wadiah, yang kedua-duanya bagi wang tiga hari.

Kadar semalaman kekal 2.92 peratus manakala kadar seminggu, dua minggu dan tiga minggu masing-masing dicatatkan 2.98 peratus, 3.02 peratus dan 3.04 peratus. - BERNAMA

No comments: