BANK Negara Malaysia (BNM) mengekalkan pendirian untuk tidak mengkaji
semula garis panduan baru bagi pinjaman berkuatkuasa 1 Januari lalu
buat masa ini. Gabenornya, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, apa saja yang
perlu diselesaikan adalah melalui perbincangan dua hala dan sekarang
ini, pihaknya tidak mempunyai hasrat berbuat demikian.
Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BNMtakberganjak/Article/index_html
Published: April 25, 2012
Garis panduan pinjaman itu diluluskan berdasarkan pendapatan bersih
dan bukan pendapatan kasar sebagaimana yang diamalkan sebelum ini.
Pengumuman itu menyebabkan banyak pihak dalam industri automotif tidak
gembira dan mengaitkan penurunan dalam jualan kenderaan kepada
pelaksanaannya.
Beliau berkata, adalah tidak tepat bagi sesetengah peserta
automotif untuk menyalahkan garis panduan berkenaan yang menyebabkan
penurunan dalam jualan kenderaan.
“Saya tidak fikir ia satu
yang betul...kerana untuk memastikan peminjam dalam kedudukan sesuai
menambah hutang,” katanya ketika mengulas laporan bahawa garis panduan
berkenaan akan dikaji semula di Kuala Lumpur, semalam. - Bernama
No comments:
Post a Comment