Wednesday, April 18, 2012

Ringgit terus kukuh April 2012

NILAI ringgit dijangka akan meneruskan corak peningkatannya yang dicerminkan menerusi urus niaga pada RM2.95 berbanding satu dolar Amerika menjelang suku keempat 2013.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2012041801041220120418010412/Article/index_html
Published: April 18, 2012

Pengarah Urusan dan Ketua Bahagian Penyelidikan dan Strategi Asia (selain Jepun) The Royal Bank of Scotland plc (RBS), Chia Woon Khien berkata, ringgit dan dua lagi mata wang iaitu dolar Taiwan dan Singapura dijangka mengalami pengukuhan berstruktur dan dilihat sebagai tiga mata wang Asia paling berdaya tahan dalam tempoh panjang.

“Jangkaan ini berasaskan dua faktor utama iaitu polisi kewangan stabil dan rendahnya kebergantungan ringgit terhadap mata wang Euro, sekali gus menjadikannya lebih berdaya tahan ketika berdepan risiko jualan global.

“Kami percaya ringgit didukung pemegang polisi yang stabil. Bank Negara Malaysia (BNM) kekal antara bank pusat yang paling kurang campur tangan di rantau ini. Pujian harus diberikan kepada mereka kerana mengamalkan dasar yang betul,” katanya di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, menjelang hujung tahun ini, ringgit diunjurkan berada pada paras RM3.02 bagi satu dolar Amerika.

“Pengukuhan selepas itu akan berterusan dengan nilai ringgit berada pada purata RM3 satu dolar Amerika untuk suku pertama 2013, RM2.99 (suku kedua 2013), RM2.97 (suku ketiga 2013) seterusnya RM2.95 pada suku keempat tahun depan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, harga minyak mentah dan sawit yang stabil turut memberikan bayangan lebihan dagangan akan terus meningkat.

“Faktor ini akan memberikan lebihan dagangan walaupun berlaku tekanan semasa dari segi harga eksport barangan elektronik. Malah, baki bayaran keseluruhan dagangan Malaysia mencatatkan lebihan untuk lima suku berturut-turut,” katanya.

No comments: