KOTA KINABALU - Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu
Malaysia (PEKEMA) merayu kerajaan Persekutuan, terutama Bank Negara
Maqlaysia (BNM) supaya melonggarkan sedikit syarat baharu pinjaman sewa
beli kereta yang menurut mereka telah menjejaskan jualan kereta import
dan kereta yang dipasang di negara ini.
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/pekema-rayu-longgar-syarat-baru-pinjaman-sewa-beli-kereta-1.47843
Published: May 15, 2012
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/pekema-rayu-bnm-longgarkan-syarat-1.48066
Published: May 14, 2012
Presiden PEKEMA Datuk Zainuddin Abdul Rahman berkata pelonggaran syarat
itu penting bagi memastikan industri automatif negara terus berkembang.
"Kita jangka industri automatif lembab tahun ini kerana dasar sekatan
pinjaman yang begitu ketat oleh BNM. Kita juga jangka pasaran kereta
(import) akan menurun sekitar 30 peratus untuk tahun ini," katanya
kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam PEKEMA Sabah dan
Sumbangan Amal Yayasan PEKEMA di sini malam tadi.
Mengikut statistik jumlah kereta yang diimport tahun lepas mencecah
angka 610,000 manakala jumlah kereta import yang tidak dapat dijual
ialah sekitar 15,000, katanya.
Tahun ini, Zainuddin berkata PEKEMA menyasarkan jumlah kereta yang
diimport sebanyak 615,000 meski pun dalam keadaan ekonomi yang tidak
menentu.
"Walau pun kereta import ada pasaran sendiri, namun oleh kerana harga
melebihi RM100,000, kita jangkakan kita terima tamparan yang lebih
tinggi daripada kereta tempatan.
"Sebab itu, kita mohon kerajaan atau BNM supaya longgarkan sikit syarat untuk pinjaman kereta," katanya.
Mengenai jualan kereta import di negara ini, Zainuddin berkata, secara
keseluruhannya, nilai jualan tidak statik kerana harga kereta import
berbeza-beza.
Bagaimana pun, katanya jumlah cukai jualan yang dibayar oleh pengimport kereta tahun lepas ialah hampir RM1 bilion.- Bernama
No comments:
Post a Comment