Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sukupertama4_7_/Article/index_html
Published: May 24, 2012
Unjuran ini meletakkan negara berada pada landasan untuk mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi antara empat hingga lima peratus tahun ini selepas mencatat pertumbuhan sederhana 4.7 peratus bagi suku pertama tahun ini berbanding 5.2 peratus pada suku keempat 2011.
Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz (gambar) berkata, walaupun berdepan persekitaran luaran lebih mencabar, ekonomi Malaysia terus mapan disokong kegiatan ekonomi dilaksanakan sektor swasta dan awam.
“Permintaan dalam negara kekal berdaya tahan dengan pertumbuhan 9.6 peratus berbanding 10.4 peratus pada suku keempat 2011. Pertumbuhan perbelanjaan swasta pula mencatat angka lebih kukuh sebanyak 7.4 peratus berbanding 7.3 peratus pada suku keempat tahun lalu.
“Pertumbuhan ini disokong terutamanya hasil peningkatan pendapatan berterusan dan keadaan pasaran pekerja yang stabil selain dikukuhkan lagi dengan harga tinggi bagi komoditi, sentimen pengguna bertambah baik serta pemberian bantuan kewangan daripada program sokongan pendapatan,” katanya ketika mengumumkan perkembangan ekonomi dan kewangan di Malaysia bagi suku pertama 2012 di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau berkata, dari segi penawaran, kebanyakan sektor utama ekonomi terus mencatatkan pertumbuhan sederhana pada suku pertama 2012.
Zeti berkata, kadar inflasi menurun kepada 2.3 peratus bagi suku pertama tahun ini berbanding 3.2 peratus pada suku keempat 2011.
No comments:
Post a Comment