Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SyaratbaruBNMtidakberikesan/Article/index_html
Published: March 02, 2012
Tahun lalu, MBSB mencatatkan jualan RM7 juta pelbagai portfolio produk kewangan dan optimis mencapai angka berkenaan walaupun Bank Negara Malaysia (BNM) memperketatkan syarat pinjaman kepada orang ramai.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zaini Othman berkata, pihaknya sudah meneliti syarat baru diperkenalkan BNM dan ia dijangka tidak memberi kesan untuk terus menawarkan produk kewangan kepada pelanggannya.
“MBSB sentiasa memperkenalkan segmen perniagaan baru dan terkini kami menunggu keputusan BNM untuk menilai kertas cadangan mengenai pembiayaan sewa beli.
“Pembiayaan ini tertumpu kepada segmen kenderaan mewah dan sepatutnya keputusan berkenaan dimuktamadkan pada Februari lalu, namun kami menjangkakan ia diputuskan dalam pertengahan tahun ini,” katanya pada majlis menandatangani kemudahan pembiayaan RM124.6 juta dengan LBS Bina Group Bhd (LBS) di Kuala Lumpur, semalam.
Ia adalah kemudahan pinjaman kepada LBS sebanyak RM124.6 juta yang merangkumi pembiayaan titian dan bertempoh.
No comments:
Post a Comment