Friday, March 9, 2012

AIBIM sokong garis panduan BNM

PERSATUAN Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) menyokong Garis Panduan Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab (Garis Panduan) yang diperkenalkan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi memperketatkan pemberian pinjaman kepada orang ramai dan ia adalah satu langkah membolehkan pihak bank lebih beretika dalam urusan pembiayaan berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AIBIMsokonggarispanduanBNM/Article/index_html
Published: March 09, 2012

Presidennya, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata, walaupun kadar pinjaman diunjurkan menurun antara 10 dan 15 peratus ke atas bank Islam selepas garis panduan itu dilaksanakan, namun ia memberi faedah kepada ramai pihak bagi mengelakkan perbelanjaan di luar kemampuan peminjam.

Katanya, pelaksanaan itu turut membolehkan pihak bank menjalankan urusan pembiayaan lebih bertanggungjawab kepada orang ramai dan tidak hanya mementingkan keuntungan dalam perniagaan.

No comments: