Wednesday, March 14, 2012

Kerjasama sekuriti hutang BNM, Hong Kong

KUALA LUMPUR 13 Mac - Bank Negara Malaysia (BNM), Penguasa Kewangan Hong Kong (HKMA) dan Euroclear Bank mengumumkan pelancaran platform bagi pelaburan rentas sempadan dan penyelesaian sekuriti hutang sekuriti secara bersama.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0314&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_02.htm
Published: March 14, 2012

Platform itu akan mula beroperasi pada 30 Mac ini bagi meningkatkan kecekapan aktiviti penyelesaian sekuriti hutang serta penerbitannya di rantau Asia.

BNM dalam satu kenyataan bersama menjelaskan, platform itu akan membolehkan pelabur di Hong Kong dan Malaysia membeli dan memegang sekuriti hutang asing dan menyelesaikan transaksi merentas sempadan berdasarkan konsep serahan berbanding pembayaran (DvP).

Selain itu, penerbit bon tempatan dan asing boleh menawarkan pelbagai bentuk sekuriti hutang.

Jelas kenyataan itu, platform itu akan mengukuhkan pelaburan asing di dalam bon tempatan di Hong Kong dan Malaysia.

Ia juga menyediakan data sekuriti hutang Asia yang dikendalikan oleh Euroclear Bank.

Pengenalan platform itu merupakan langkah penting kepada pasaran bon Asia yang disokong oleh pendeposit sekuriti pusat antarabangsa yang mahu mengukuhkan infrastruktur selepas perdagangan dilakukan.

"Ia akan mengharmonikan amalan di dalam pasaran dan menyelaraskan penerbitan dan penyelesaian hutang sekuriti bagi meningkatkan kecairan pasaran bon Asia dan menarik pelaburan," menurut kenyataan itu.

Platform itu juga akan mengoptimumkan sistem yang sedia terjalin di antara HKMA, BNM dan Euroclear Bank serta perhubungan dengan Pendeposit Sekuriti Pusat Setempat (CSDs) dan sistem matawang asing RTGS di Asia.

No comments: