Thursday, June 21, 2012

Zeti: Kadar faedah masih "sesuai" dengan pasaran domestik kukuh

KUALA LUMPUR - Kadar faedah Malaysia pada tiga peratus sekarang masih "bersesuaian", dan pasaran domestik masih kukuh, kecuali berlaku perkembangan ketara, kata Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz hari ini. Pada masa ini, pertumbuhan domestik masih kukuh dan inflasi masih sederhana. Kami akan memantau rapat situasi itu.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/zeti-kadar-faedah-masih-sesuai-dengan-pasaran-domestik-kukuh-1.58575
Published: Jun 21, 2012

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0621&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_02.htm
Published: Jun 21, 2012


Raja Nazrin Shah Sultan Azlan Shah menurunkan tandatangan sebagai simbolik perasmian kampus baru Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa sambil diperhatikan Dr. Zeti Akhtar Aziz (dua kanan ) dan Dr. Rozali Mohamed Ali (kanan) di Bangsar, Kuala Lumpur, semalam.

"Pada masa ini, kecuali berlaku perkembangan ketara, pada penilaian kami, kadar faedah pada paras yang sesuai," katanya kepada pemberita pada INCEIF, majlis pembukaan kampus INCEIF, Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa.

INCEIF Bank Negara, yang ditubuhkan pada 2005, mempunyai 2,221 penuntut dari 80 negara setakat bulan ini.

Ditanya sama ada hasil pilihan raya Greece dan mesyuarat G-20 memberikan kesan ke atas pertumbuhan Asia, terutama Malaysia, Zeti berkata: "Keadaan masih tidak menentu dan pada masa ini kami belum jelas mengenai impaknya".

Beliau berkata Bank Negara akan memantau rapat perkembangan krisis hutang zon euro.

Mesyuarat jawatankuasa moneteri berikutanya dijadual berlangsung pada 5 Julai.

Mengenai laporan berita membabitkan penjualan pinjaman tidak berbayar (NPL) sebanyak RM60 bilion kepada pihak asing oleh bank-bank Malaysia, Zeti berkata sejak dua hingga tiga tahun lepas, kira-kira RM2.5 bilion NPL dilupuskan kepada entiti domestik dan bukan kepada pihak asing.

"Kami menyediakan garis panduan yang membolehkan bank-bank menjual NPL dan garis panduan ini dipatuhi sepenuhnya," katanya.- Bernama

No comments: