KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- MCA hari ini menyatakan sokongan
terhadap garis panduan baharu yang diperkenalkan Bank Negara untuk
mengekang peningkatan hutang isi rumah, yang sekaligus membantu menambah
baik isu keselamatan awam dan sosial,
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=962431
Published: July 11, 2013
Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata tidak dinafikan bahawa
peningkatan jumlah mereka yang gagal menjelaskan hutang menyebabkan
bilangan yang diisytihar bankrap melonjak dan kebanyakannya golongan
muda.
"Orang muda menjadi bankrap kerana mereka berbelanja lebih daripada
pendapatan mereka, mereka mengejar gaya hidup mewah dan akhirnya tidak
boleh membayar ansuran kereta dan hutang kredit kad," katanya dalam
kenyataan Rabu..
Bank Negara baru-baru ini memperkenalkan beberapa syarat baharu
pinjaman, antaranya mengehadkan tempoh maksimum pinjaman peribadi kepada
10 tahun dan pembiayaan penmbelian hartanah kediaman kepada 35 tahun
dan melarang penawaran produk pembiayaan peribadi yang diluluskan
terlebih dahulu.
Dr Chua berkata laporan Bank Negara menunjukkan hutang isi rumah terus
meningkat secara purata dengan kadar 12 peratus setahun sejak lima tahun
lepas dan ia meningkatkan 83 peratus keluaran dalam negara kasar
(KDNK).
Oleh itu terdapat keperluan untuk menangani isu itu memandangkan Malaysia masih sebuah negara membangun, katanya.
"Laporan Standard Chartered Bank juga menunjukkan bahawa Malaysia
mempunyai jumlah tertinggi hutang isi rumah di Asia dan kebanyakannya
tidak dapat dijelaskan mengikut jadual, sama seperti situasi yang
dialami Amerika Syarikat semasa krisis ekonomi 2008," katanya.
Sehubungan itu, Dr Chua berkata langkah yang diperkenalkan Bank Negara
akan membantu menghentikan sikap berbelanja luar kawalan di kalangan
orang awam dan pada masa sama meningkatkan kestabilan pendapatan isi
rumah dan peribadi.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment