KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Moody's Investors Service
menjangkakan langkah-langkah baharu Bank Negara Malaysia terhadap
kriteria pemberian pinjaman begitu positif dari segi kredit untuk tiga
bank tempatan terbesar negara berdasarkan kepada jumlah aset.
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/3-bank-terbesar-manfaat-kriteria-peminjaman-baru-1.181405
Published: July 12, 2013
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=962537
Published: July 12, 2013
Ia berkata, dengan rangkaian cawangan mereka yang begitu dominan,
bank-bank berkenaan iaitu Maybank, Public Bank dan CIMB Bank, akan terus
mendapat kelebihan yang akan membantu mereka menetapkan pinjaman dengan
lebih berdaya saing berbanding rakan-rakan mereka yang lebih kecil.
Langkah-langkah baharu yang diperkenalkan oleh bank pusat itu
mengurangkan kepada 10 tahun daripada 25, tempoh maksimum untuk pinjaman
peribadi dan mengurangkan kepada 35 tahun daripada 45 tahun untuk
pinjaman hartanah kediaman dan bukan kediaman.
"Tempoh pinjaman yang lebih singkat akan meningkatkan kualiti peminjam bank," kata Moody's dalam satu kenyataan Khamis.
Agensi penarafan kredit itu juga berkata syarat kredit yang ketat kini
telah meningkatkan kriteria kelayakan untuk peminjam mendapatkan
pembiayaan baharu, terutamanya dengan obligasi hutang tertangguh dan
sedikit menampan dalam keupayaan mereka melunaskan hutang serta kepada
peminjam baharu dengan profil kredit yang lemah.
Ia berkata yang langkah-langkah itu akan membantu memperlahankan
pengumpulan hutang yang berlebihan oleh isi rumah dengan mengurangkan
pendedahan sektor isi rumah kepada kadar faedah yang tinggi.
Hutang isi rumah di Malaysia telah meningkat kepada 80.5 peratus pada 2012 daripada 60.4 peratus pada 2008.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment