KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) telah
mengambil keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada
3.0 peratus, katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari di
sini Khamis.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=962664
Published: July 12, 2013
Source from (The Malaysian Insider): http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bnm-kekalkan-opr-3.0-peratus/
Published: July 12, 2013
Ia berkata walaupun permintaan dalam negeri bagi ekonomi sedang pesat
membangun kekal sebagai sumber pertumbuhan yang penting, kelemahan yang
berterusan dalam persekitaran luar telah mula memberikan kesan kepada
aktiviti ekonomi domestik dalam ekonomi-ekonomi ini.
Meskipun keadaan monetari global kekal sangat akomodatif, situasi tidak
menentu pasaran kewangan telah meningkat dengan nyata dalam tempoh
kebelakangan ini apabila pasaran menilai semula hala tuju dasar, katanya
dalam satu kenyataan.
Bagi ekonomi Malaysia, permintaan dalam negeri terus menyokong
pertumbuhan di celah-celah keadaan permintaan luar negeri yang terus
sederhana.
Ia berkata, bagaimanapun kelemahan yang berterusan dalam sektor luaran
mungkin menjejaskan momentum pertumbuhan secara keseluruhan.
Melangkah ke hadapan, penggunaan swasta dijangka kekal stabil, disokong
oleh pertumbuhan pendapatan dan keadaan pasaran pekerja yang stabil.
Bank Negara berkata yang perbelanjaan modal dalam industri
berorientasikan dalam negeri dan projek infrastruktur yang sedang
dilaksanakan akan turut menyokong aktiviti pelaburan.
Ia berkata, inflasi kekal rendah pada 1.6 peratus pada lima bulan
pertama tahun ini tetapi dijangka meningkat sederhana pada separuh kedua
tahun ini disebabkan oleh faktor bekalan dan faktor kos.
Tekanan harga komoditi dunia juga dijangka dapat dibendung memandangkan prospek pertumbuhan global adalah sederhana.
Bank pusat berkata yang MPC menyifatkan pendirian dasar monetari semasa
adalah wajar berdasarkan jangkaan terhadap inflasi dan pertumbuhan.
Selain memantau keadaan dalam negeri, MPC akan terus membuat penilaian
yang teliti terhadap perkembangan ekonomi dan kewangan global serta
implikasinya terhadap keseluruhan prospek inflasi dan pertumbuhan
ekonomi Malaysia, katanya.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment