KUALA LUMPUR 1 Ogos - Kadar-kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan campur tangan Bank Negara Malaysia bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130801/ek_10/Kadar-jangka-pendek-ditutup-stabil-campur-tangan-BNM
Published: August 01, 2013
Hasilnya, lebihan mudah tunai dalam operasi konvensional berkurangan
kepada RM17.595 bilion berbanding RM37.897 bilion anggaran pada sebelah
pagi, dan dalam sistem Islam, ia susut kepada RM3.390 bilion berbanding
RM10.584 bilion sebelumnya.
BNM sebelum itu melaksanakan program lelongan matang RM10 bilion
untuk satu hari hingga 92 hari dan dua tender repo, masing-masing
sebanyak RM300 juta, untuk 32 hari hingga 92 hari.
Ia juga melaksanakan tender Al-Wadiah membabitkan RM5.7 bilion untuk empat hingga 92 hari.
Ia juga melaksanakan satu tender konvensional lewat sebanyak RM17.6
bilion dan tender Al-Wadiah RM3.4 bilion, kedua-duanya untuk wang satu
hari.
Kadar semalaman kekal pada 2.92 peratus manakala kadar-kadar satu,
dua dan tiga minggu masing-masing pada 2.98 peratus, 3.01 peratus dan
3.04 peratus. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment