KUALA LUMPUR 1 Ogos - Pasaran sukuk di negara ini masih mempunyai permintaan yang tinggi dalam kalangan banyak pelabur institusi. Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, sukuk itu sendiri tercipta kerana wujudnya permintaan yang tinggi.
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130802/ek_02/Pelabur-institusi-minat-sukuk
Published: August 02, 2013
Katanya, salah satu contoh permintaan pasaran sukuk yang tinggi
adalah dalam kalangan sistem domestik itu sendiri, terutamanya daripada
industri insurans, dana pencen sehingga kepada dana-dana pelaburan yang
lain.
"Mereka (pelabur) yang berada dalam sistem domestik ini merupakan
sumber terbesar permintaan pasaran sukuk pada waktu ini,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis
pelancaran identiti jenama ikonik baharu 'Malaysia: Pasaran Kewangan
Islam Dunia' di sini hari ini.
Tambah Zeti Akhtar, pasaran sukuk pada waktu ini telah dikuasai pelabur asing kerana kadar pulangan yang menggalakkan.
"Pasaran bon dan sukuk telah dibangunkan secukupnya bagi menghadapi sebarang ketidaktentuan yang akan berlaku," ujarnya.
Pasaran sukuk Malaysia dijangka kekal tinggi tahun ini meskipun pasaran global turun naik, terutama di Amerika Syarikat (AS).
Malah, Pasaran sukuk Malaysia bakal menyaksikan pertumbuhan sihat
seperti tahun lalu bersandarkan asasnya yang kukuh, infrastruktur yang
baik, rangka kerja kawal aturan selain sistem Syariah.
Pelabur telah melihat Malaysia sebagai sebuah pasaran yang baik untuk diteroka.
No comments:
Post a Comment