KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia berkembang 5.4 peratus pada suku kedua tahun ini berbanding 4.3 peratus pada suku yang sama tahun lepas, dipacu oleh permintaan domestik yang lebih kukuh, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz hari ini.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=688410
Published: August 16, 2012
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/ekonomi-malaysia-berkembang-5-4-peratus-pada-suku-kedua-1.77010
Published: August 16, 2012
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20120816/ek_01/Ekonomi-negara-tumbuh-54
Published: August 16, 2012
Zeti Akhtar Aziz memasukkan kad semasa melancarkan logo Perbankan Ejen di Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir (dari kiri) Kamari Zaman Juhari, Adinan Maning, Muhammad Ibrahim dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar.
Bank Negara Malaysia (BNM) juga yakin kadar keluaran dalam negara kasar (KDNK) tahun ini akan kekal 4.0 peratus hingga 5.0 peratus dengan menghampiri nilai tinggi.
Gabenor BNM, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata, pertumbuhan memberangsangkan bagi suku kedua itu dipacu oleh permintaan dalam negeri yang kukuh iaitu menyaksikan peningkatan sebanyak 13.8 peratus.
"Pertumbuhan itu juga disokong oleh perbelanjaan sektor swasta dan awam yang meningkat dengan teguh.
"Eksport bersih pula terus sederhana disebabkan eksport yang lemah dan import yang lebih tinggi.
"Dari segi penawaran, kebanyakan sektor ekonomi utama negara terus berkembang dipacu oleh sektor perkhidmatan, perkilangan dan pembinaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengumumkan prestasi ekonomi Malaysia bagi suku kedua di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Gabenor, Datuk Muhammad Ibrahim, Presiden Persatuan Bank-bank Malaysia, Datuk Seri Abdul Wahid Omar,Presiden Persatuan Institusi-institusi Pembangunan Kewangan Malaysia, Datuk Adinan Maning dan Pengarah Pembangunan Kewangan dan Enterprise BNM, Kamari Zaman Juhari.
Bagi separuh pertama tahun ini, pertumbuhan sebanyak 5.1 peratus telah dicatat berbanding 4.7 peratus bagi tempoh yang sama tahun lalu.
Tambah Zeti, penggunaan swasta mencatat pertumbuhan yang kukuh sebanyak 8.8 peratus, hasil sokongan daripada keadaan pasaran pekerja yang teguh, kenaikan yang nyata dalam pendapatan serta sentimen pengguna yang bertambah baik.
"Penggunaan awam meningkat sebanyak 9.4 peratus, dipacu oleh perbelanjaan yang lebih tinggi ke atas emolumen serta bekalan dan perkhidmatan," jelasnya.
Sementara itu, kadar inflasi seperti yang diukur oleh perubahan tahunan dalam Indeks Harga Pengguna (IHP), menjadi sederhana kepada 1.7 peratus pada suku kedua berbanding 2.3 peratus pada suku pertama, katanya.
Manakala, kadar dasar semalaman (OPR) tidak berubah pada 3.00 peratus pada suku kedua 2012 bagi terus menyokong kegiatan ekonomi.
Zeti berkata, kestabilan kewangan kekal utuh sepanjang suku kedua 2012, disokong oleh permodalan institusi kewangan yang teguh dan keadaan pasaran kewangan yang terurus.
"Pasaran kewangan terus menunjukkan keupayaan yang tinggi untuk menghadapi kejutan luaran dan ketidaktentuan akibat risiko hutang kerajaan di kawasan Euro yang semakin meruncing," katanya.
No comments:
Post a Comment