Tuesday, July 30, 2013

Kadar jangka pendek ditutup stabil

KUALA LUMPUR 29 Julai - Kadar jangka pendek antara bank ditutup stabil hari ini dengan campur tangan Bank Negara Malaysia menyerap lebihan tunai daripada sistem kewangan.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130729/ek_07/Kadar-jangka-pendek-ditutup-stabil
Published: July 30, 2013

Lebihan kecairan dalam operasi konvensional menyusut kepada RM20.596 bilion daripada anggaran awal RM24.968 bilion, dan dalam sistem Islam, ia menyusut kepada RM901 juta daripada anggaran awal RM5.328 bilion.

Sebelum itu, bank pusat memanggil tiga tender Al-Wadiah, satu program lelongan pelbagai kematangan dan satu tender repo.

Bank Negara menerbitkan satu tender konvensional lewat untuk RM18.8 bilion dan satu tender Al-Wadiah RM900 juta, kedua-duanya wang satu hari.

Kadar semalaman kekal pada 2.92 peratus, sementara kadar satu, dua dan tiga minggu dicatatkan pada 2.98 peratus, 3.02 peratus dan 3.04 peratus. - BERNAMA

No comments: