Thursday, July 18, 2013

Kadar jangka pendek mata wang ditutup stabil

KUALA LUMPUR 17 Julai - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini apabila Bank Negara Malaysia (BNM) campur tangan untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130717/ek_09/Kadar-jangka-pendek-mata-wang-ditutup-stabil
Published: July 18, 2013

Lebihan mudah tunai dalam operasi konvensional turun kepada RM15.177 bilion daripada RM21.419 bilion yang diunjurkan pada pagi ini manakala dalam sistem Islam, ia susut kepada RM1.713 bilion daripada RM5.963 bilion sebelumnya.

Terdahulu, bank pusat menawarkan lelongan kematangan jajaran, satu tender repo, tiga tender Al-Wadiah dan satu Program Murabahah Komoditi.

BNM juga menawarkan tender konvensional lewat bagi RM14.9 bilion dan tender Al-Wadiah RM1.7 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari. Kadar semalaman kekal pada 2.92 peratus, manakala kadar seminggu, dua minggu dan tiga minggu masing-masing berada pada 2.98 peratus, 3.02 peratus dan 3.04 peratus. - BERNAMA

No comments: