Sunday, July 7, 2013

Rizab Antarabangsa Bank Negara Berjumlah RM432.8 Bilion Pada 28 Jun

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM432.8 bilion (bersamaan dengan US$136.1 bilion) pada 28 Jun 2013.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=961336
Published: July 07, 2013

Source from (The Malaysian Insider): http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rizab-antarabangsa-bank-negara-rm432.8-bilion-pada-28-jun/
Published: July 07, 2013

Bank Pusat itu dalam satu kenyataan berkata paras rizab memadai untuk membiayai 9.5 bulan import tertangguh dan ialah 4.3 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Rizab antarabangsa itu terdiri daripada rizab mata wang asing (US$136.1 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$124 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR)(US$900 juta), emas (US$1.4 bilion) dan aset rizab lain (US$7.9 bilion).

Jumlah aset Bank Negara, termasuk rizab antarabangsa berjumlah RM479.45 bilion pada 28 Jun, 2013.

Aset selain rizab antarabangsa termasuk kertas kerajaan Malaysia (RM1.93 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM26.7 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM9.06 bilion) dan aset-aset lain (RM8.96 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), kumpulan wang rizab am (RM32.58 bilion), mata wang dalam edaran (RM69.8 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM214.13 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM10.11 bilion), deposit-deposit lain (RM4.69 bilion), kertas Bank Negara (RM121.46 bilion), peruntukan hak pengeluaran khas (RM6.43 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM20.15 bilion).

-- BERNAMA

No comments: