Friday, July 19, 2013

Pasaran wang jangka pendek ditutup stabil

KUALA LUMPUR 18 Julai - Kadar tawaran antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini dengan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan kecairan daripada sistem kewangan.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130718/ek_18/Pasaran-wang-jangka-pendek-ditutup-stabil
Published: July 19, 2013

Lebihan kecairan dalam operasi konvensional susut kepada RM15.252 bilion, daripada anggaran awal RM21.545 bilion, sementara dalam sistem Islam, ia menyusut kepada RM837.80 juta daripada RM1.943 bilion sebelum ini.

Sebelum ini, bank pusat memanggil satu lelongan kematangan pelbagai, satu tender repo, tiga tender Al-Wadiah dan satu Program Komoditi Murabahah.

BNM juga menawarkan tender konvensional lewat untuk RM15.3 bilion dan satu tender Al-Wadiah RM800 juta, kedua-duanya wang satu hari.

Kadar semalaman kekal pada 2.92 peratus, sementara kadar satu, dua dan tiga minggu dicatatkan pada 2.98 peratus, 3.02 peratus dan 3.04 peratus, setiap satu. - BERNAMA

No comments: