Thursday, May 9, 2013

Rizab Bank Negara Pada RM433.3 Bilion Setakat 30 April

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM433.3 bilion, bersamaan dengan AS$140.3 bilion setakat 30 April, 2013.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=948360
Published: May 09, 2013

Dalam kenyataan Rabu, BNM berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 9.5 bulan import tertangguh dan 4.7 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Ia berkata rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing (AS$127.4 bilion); rizab Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) (AS$900 juta); Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.9 bilion); emas (AS$1.9 bilion); dan aset rizab lain (AS$8.2 bilion).

Jumlah aset BNM, termasuk rizab antarabangsa, ialah RM480.311 bilion.

Aset lain bank pusat termasuklah kertas kerajaan Malaysia (RM2.179 bilion); deposit dengan institusi kewangan (RM26.62 bilion); pinjaman dan pendahuluan (RM9.242 bilion); dan aset-aset lain (RM8.985 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta); dana rizab (RM29.279 bilion); mata wang dalam edaran (RM70.691 bilion); deposit oleh institusi kewangan (RM215.372 bilion); deposit kerajaan persekutuan (RM8.903 bilion); deposit-deposit lain (RM4.205 bilion); kertas Bank Negara (RM127.195 bilion); peruntukan hak pengeluaran khas SDR (RM6.24 bilion); dan lain-lain liabiliti (RM18.314 bilion).

-- BERNAMA 

No comments: