Source from (The Malaysian Insider): http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/putrajaya-digesa-bersihkan-sektor-kewangan-negara-kata-guan-eng/
Published: May 31, 2013

“Masanya telah tiba untuk Kerajaan Persekutuan BN berhenti hidup dalam penafian dengan melaksanakan reformasi kewangan yang tulen untuk membersihkan dan menghentikan aktiviti jenayah aliran keluar wang haram serta pengubahan wang haram,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga mendedahkan laporan terkini oleh Global Financial Integrity (GFI), berpengkalan di Washington yang meletak Malaysia sebagai antara negara dunia terbesar dalam aliran keluar wang haram bernilai US$291 bilion, akibat daripada rasuah yang berleluasa.
“Namun atas dasar per kapita, China kalah kepada juara dunia Malaysia dengan hanya sekadar RM6,400 seorang setahun berbanding RM32,000 bagi Malaysia,” kata Ahli Parlimen Bagan, merujuk kepada negara China yang disenaraikan negara yang paling besar aliran keluar wang haram di AS$2.8 trilion.
Ekoran laporan GFI tersebut, Bank Negara telah mempertahankan sistem kewangan, dan berkata urus niaga yang tidak direkodkan keluar daripada negara ini tidak bermakna ia adalah sama seperti “aliran kewangan haram”, walaubagaimanapun mereka tetapi tidak menjelaskan perkara tersebut.
Pemimpin pembangkang menyalahkan Barisan Nasional (BN) — yang telah dipilih semula selepas pilihan raya 5 Mei lalu — dan bank pusat Malaysia bertanggungjawab menyebarkan “budaya rasuah” dan kurang ketelusan kewangan dan akauntabiliti, sebagai penyumbang kepada reputasi negara yang semakin merosot kebelakangan ini.
“Reputasi antarabangsa Malaysia kini lebih teruk daripada Thailand atau Indonesia dan hampir sebaris dengan negara seperti Nigeria dan Rusia dalam hal pengubahan wang haram,” tegas Lim lagi.
Beliau turut menggesa kerajaan supaya menjalankan kerja dengan lebih telus dan bertanggungjawab ke atas sistem kewangan negara.
No comments:
Post a Comment