Tuesday, May 21, 2013

Sukuk Sime Darby terima status Emas

BANK Negara Malaysia (BNM) menganugerahkan status Emas untuk sukuk antarabangsa terbitan sulung Sime Darby Bhd, menandakan pencapaian penting bagi penawaran instrumen hutang pelbagai mata wang oleh kumpulan itu.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/sukuk-sime-darby-terima-status-emas-1.162220
Published: May 21, 2013

Sukuk Sime Darby terima status Emas
Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menyerahkan 
penanda penerimaan status Emas kepada Mohd Bakke.

tatus Emas itu dikurniakan minggu lalu semasa Ceramah Perniagaan Pelaburan Beretika dihoskan oleh BNM bersempena Sidang Kemuncak Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB) ke-10.

Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby, Datuk Mohd Bakke Salleh berkata, syarikat itu bangga dengan pengiktirafan tersebut dan akan terus menyokong usaha kerajaan untuk meletakkan negara sebagai hab kewangan Islam antarabangsa.

Pengiktirafan itu adalah yang ke-11 diberikan kepada syarikat penerbit sukuk sejak pengenalan status Emas pada 2009, iaitu status yang diberikan kepada sukuk dan bon dalam nilai mata wang asing dari Malaysia yang berada dalam pasaran modal global.

No comments: