Tuesday, July 23, 2013

Usaha Tingkatkan Pengaturan Kerjasama Kawal Atur/Kawal Selia Jadi Keutamaan, Kata Zeti

PETALING JAYA, 22 Julai (Bernama) -- Usaha untuk mengukuhkan pengaturan kerjasama kawal atur dan kawal selia sempadan bersilang dalam bidang kuasa yang relevan adalah satu keutamaan memandangkan kewangan Islam kini lebih antarabangsa.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=965302
Published: July 23, 2013

Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata pengaturan seumpama itu diperlukan untuk mengukuhkan lagi infrastruktur kewangan antarabangsa untuk kewangan Islam.

"Kita kini sedang melihat gelombang pengantarabangsaan kewangan Islam memandangkan peranan kewangan Islam telah berkembang untuk menjadi lebih globalisasi.

"Ini telah menyaksikan sistem kewangan Islam domestik menjadi saling berhubungan dan dengan akibat yang bergabungan, risiko akan lebih pantas disampaikan di keseluruhan sistem kewangan," kata beliau dalam kata-kata aluan di pelancaran edisi kedua buku bertajuk "Islamic Finance: The New Regulatory Challenge" di sini hari ini.

Zeti berkata seiring dengan negara yang terus bergerak ke hadapan, ini adalah amat penting dalam meningkatkan kestabilan dan keyakinan dalam persekitaran antarabangsa yang begitu mencabar.

Dibina di atas asas yang telah tersedia dengan penggunaan pakai standard berhemah yang diperkenalkan oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB) dalam bidang-bidang utama kecukupan modal, pengurusan risiko, tadbir urus korporat dan tadbir urus Syariah, beliau berkata peraturan, penyeliaan dan rangka kerja perundangan perlu mencerminkan dimensi sempadan bersilang yang pesat berkembang kewangan Islam dan saling hubungnya yang kian penting.

Zeti juga berkata yang cabaran kawal atur yang signifikan terus kekal dari segi mempunyai pengurusan risiko kecairan sempadan bersilang yang cekap dalam sistem kewangan Islam ekoran kekurangan instrumen berlandaskan Syariah jangka pendek dalam mata wang antarabangsa.

"Satu bab dalam buku itu menerangkan maklum balas kawal atur kepada isu risiko kecairan yang dihadapi oleh institusi kewangan Islam, termasuk peranan penting Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa dalam memudahkan pengurusan kecairan sempadan bersilang," kata beliau.

Dengan perubahan-perubahan ini yang telah sedia untuk memperhalus landskap kewangan dalam bergerak ke hadapan dengan implikasi meluas, terbitan buku itu tepat pada masa dan sangat relevan, kata beliau.

Buku ini telah diedit oleh para profesor Global University of Islamic Finance Adjunct, Prof Datuk Dr Rifaat Ahmed Abdel Karim dan Prof Simon Archer.

-- BERNAMA 

No comments: