Sunday, June 2, 2013

Pengurup Malaysia bantu sembunyikan jejak kertas penggubahan wang haram siber terbesar dunia

KUALA LUMPUR, 2 Jun — Pengurup matawang berpengkalan di Malaysia memainkan peranan penting dalam menyembunyikan jejak kertas untuk Liberty Reserve, “bank pilihan” maya dunia, untuk pencuri identiti, pengedar dadah, penggodam komputer dan pornografi kanak-kanak, di mana pengasas dan pekerja telah didakwa minggu ini oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) untuk menjadi operasi pengubahan wang haram siber terbesar di dunia.

Source from (The Malaysian Insider): http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pengurup-malaysia-bantu-sembunyikan-jejak-kertas-penggubahan-wang-haram-siber-terbesar-dunia/
Published: Jun 02, 2013

Memetik pihak berkuasa AS, The Financial Times (FT) melaporkan pengurup matawang, terletak di negara-negara kurang dikawal selia termasuk Malaysia, Rusia dan Nigeria, telah menukarkan dolar sebenar ke LR, mata wang maya Liberty Reserve yang membantu untuk memadam jejak digital dan menjadikannya hampir mustahil untuk mengesan kembali pengguna — satu fakta menyebabkan pengurup mata wang berpengkalan di Costa Rica mendapat lebih satu juta pelanggan seluruh dunia.

Untuk membuka akaun dengan Liberty Reserve, pengguna hanya perlu memberikan nama dan alamat, tidak perlu menunjukkan sebarang dokumen untuk pengesahan, tidak seperti bank biasa, lapor akhbar tersebut.

Liberty Reserve mengenakan yuran satu peratus bagi setiap pindahan dan pengguna boleh membayar tambahan 75 sen AS bagi setiap transaksi “yuran privasi” untuk menyembunyikan nombor akaun mereka semasa pemindahan, FT melaporkan, sambil menambah Liberty Reserve kemudian bergantung kepada “pengurup” pihak ketiga untuk proses transaksi LR antara pelanggan dan sendiri, satu langkah mengelakkan jejak kertas kepada pengguna.

Pengurup tidak berlesen ini biasanya mengenakan bayaran sebanyak lima peratus daripada dana dipindahkan, di mana pengasas Liberty Reserve akan membahagikan sesama mereka dan menukar kembali kepada wang tunai sebenar selepas digubah dan didagangkan sebagai LR, FT melaporkan.

Beberapa pengurup belum diluluskan termasuk syarikat-syarikat seperti MoneyCentralMarket dan AsianaGold, yang dimiliki oleh pengasas Liberty Reserve, seorang warga Amerika berasal Ukraine bernama Arthur Budovsky dan Vladimir Kats.

Polis Malaysia dilaporkan menyedari operasi dan telah memantau pengurup wang tidak berlesen di sini dengan bantuan bank pusat sejak dua tahun lalu, tetapi telah berkata tidak mempunyai banyak maklumat.

“Adalah sukar untuk mengumpul bukti yang boleh dipercayai terhadap jenayah merentasi sempadan seperti itu,” Pesuruhjaya Datuk Mohamad Fuzi Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas Bukit Aman (Operasi dan Menentang Keganasan), memberitahu akhbar The Star dalam satu temu bual yang disiarkan dua hari lalu.

Penipuan ini membantu Liberty Reserve menjadi “pengubahan wang haram bentuk digital utama yang digunakan oleh penjenayah siber di seluruh dunia”, FT melaporkan, memetik pihak berkuasa AS.

Budovsky, Kats dan lima pekerja Liberty Reserve dan bekas pekerja telah didakwa dengan beberapa tuduhan termasuk konspirasi untuk melakukan pengubahan wang haram dan mengendalikan perniagaan menghantar wang tidak berlesen dan boleh dikenakan sehingga 20 tahun penjara jika disabitkan kesalahan, lapor FT. Bagaimanapun, dua daripada tujuh lelaki, termasuk Kats, kekal memainkan peranan.

The New York Times (NYT) yang pertama melaporkan kaitan diantara pengurup matawang tidak berlesen Malaysia dengan penggendali Liberty Reserve pada 28 Mei.

Pengendali pertukaran mata wang global yang menjalankan operasi pengubahan wang haram atas talian berjumlah US$6 billion (RM18.33 billion), hab bagi penjenayah menjual segala-galanya menggunakan identiti dicuri untuk pornografi kanak-kanak, lapor NYT.

Liberty Reserve dipercayai pengubah wang haram siber terbesar di dunia dan berpangkalan di Amerika Syarikat.

Ia juga dikendalikan dengan baik di luar sempadan negara serta peraturan-peraturan perbankan antarabangsa tradisional, menyediakan perlindungan mudah dan menyembunyikan nama, semakin dicari oleh penjenayah untuk membiayai aktiviti mereka.

Liberty Reserve bertanggungjawab bagi pengubahan berbilion-bilion dolar sejak tujuh tahun lalu, menjalankan 55 juta urus niaga melibatkan berjuta-juta pelanggan di seluruh dunia, termasuk kira-kira 200,000 di Amerika Syarikat, menurut pendakwa raya persekutuan Amerika Syarikat yang dilaporkan telah mengemukakan tuduhan terhadap pengurup mata wang di Manhattan awal minggu ini.

No comments: