Thursday, June 6, 2013

Kadar jangka pendek pasaran wang ditutup kukuh

KUALA LUMPUR 6 Jun - Kadar jangka pendek ditutup kukuh hari ini dengan campur tangan berterusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan kecairan dalam sistem kewangan.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130606/ek_19/Kadar-jangka-pendek-pasaran-wang-ditutup-kukuh
Published: Jun 06, 2013

Lebihan kecairan dalam operasi konvensional menyusut kepada RM19.61 bilion daripada anggaran awal RM31.448 bilion, sementara dalam sistem Islam, ia merosot kepada RM3.313 bilion daripada RM8.126 bilion.

Sebelum itu, BNM memanggil satu lelongan tender pasaran wang pelbagai kematangan, dua tender repo dan tiga tender Al-Wadiah.

Bank pusat juga menerbitkan tender konvensional RM18.7 bilion dan satu tender Al-Wadiah RM3.3 bilion, kedua-duanya untuk wang satu hari.

Kadar semalaman tidak berubah pada 2.92 peratus sementara kadar satu, dua dan tiga minggu dicatatkan pada 2.98 peratus, 3.01 peratus dan 3.04 peratus, setiap satu. - BERNAMA

No comments: