Sunday, June 30, 2013

BIMB Dapat Kelulusan Bank Negara Muktamadkan Rundingan Beli Pegangan Pada 31 Julai

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- BIMB Holdings Bhd menerima kelulusan daripada Bank Negara untuk memulakan rundingan dengan Dubai Financial Group LLC (DFG) dan Lembaga Tabung Haji bagi cadangan pembelian pegangan DFG dalam Bank Islam Malaysia Bhd.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=959648
Published: Jun 30, 2013

BIMB berkata bank pusat itu menerusi suratnya Khamis berkata pihak-pihak perlu memastikan rundingan diselesaikan dalam tempoh tarikh akhir yang dilanjutkan iaitu pada 31 Julai, 2013.

"Bank Negara tidak ada halangan dengan lanjutan masa, di mana kelulusan rasmi bagi cadangan pembelian itu seperti yang dipersetujui bersama oleh pihak-pihak terbabit, perlu diminta," kata bank itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.

Pada April, BIMB mengumumkan bank pusat membenarkan lanjutan masa sehingga 30 Jun, 2013, untuk menyelesaikan rundingan itu.

BIMB memiliki 51 peratus Bank Islam Malaysia, manakala DFG memiliki 30.5 peratus pegangan dan baki 18.5 peratus dipegang Lembaga Tabung Haji.

-- BERNAMA 

No comments: