Sunday, June 2, 2013

Aset rizab BNM RM433.1 juta

KUALA LUMPUR 31 Mei - Aset rizab rasmi Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$140,311.6 juta (RM433.1 juta), manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$9,047.5 juta (RM27.9 juta) pada akhir bulan April 2013.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130601/ek_02/Aset-rizab-BNM-RM4331-juta
Published: Jun 02, 2013

Menurut kenyataan BNM hari ini, bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek bagi pinjaman dalam mata wang asing diunjurkan sebanyak AS$354.7 juta (RM1.09 bilion) disebabkan oleh pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh Kerajaan.

Jelas kenyataan itu lagi, sejajar dengan amalan yang mengikut format Special Data Dissemination Standard ( SDDS ) Tabung Kewangan Antarabangsa ( IMF ) yang diterima pakai sejak bulan April 2006, data tersebut tidak termasuk anggaran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek sebanyak AS$4,136.0 juta (RM12.7 juta) bagi tempoh 12 bulan akan datang.

Jumlah kedudukan hadapan panjang ialah sebanyak AS$6,100.0 juta (RM18.8 juta) pada akhir bulan April 2013.

No comments: