Friday, June 21, 2013

Rizab Bank Negara Sebanyak RM435 Bilion Pada 14 Jun

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM435 bilion, bersamaan US$140.8 bilion pada 14 Jun 2013.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=957824
Published: Jun 21, 2013

Menerusi satu kenyataan Juamaat, Bank Pusat itu berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 9.4 bulan import tertangguh dan 4.3 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Ia berkata rizab antarabangsa itu membabitkan rizab mata wang asing sebanyak US$127.6 bilion, rizab Dana Kewangan Antarabangsa (US$900 juta), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.9 bilion), emas (US$1.9 bilion) dan aset-aset lain (US$8.5 bilion).

Jumlah aset BNM termasuk rizab antarabangsa sebanyak RM484.274 bilion.

Aset lain termasuk kertas kerajaan Malaysia sebanyak RM1.934 bilion, deposit dengan institusi kewangan (RM29.29 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM9.105 bilion) dan aset lain (RM8.972 bilion).

Liabiliti dan Modal BNM yang meliputi modal berbayar sebanyak RM100 juta, dana rizab am (RM29.188 bilion), mata wang dalam edaran (RM68.197 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM221.159 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM9.837 bilion), deposit lain (RM4.182 bilion), kertas Bank Negara (RM125.952 bilion), peruntukan SDR (RM6.249 bilion) dan liabiliti lain (RM19.407 bilion).

-- BERNAMA

No comments: