KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjur terus
berkembang pada 2013 dan 2014 meskipun pertumbuhan menyederhana sedikit,
kata Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Terusberkembang/Article/index_html
Published: August 02, 2013
Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EkonomiMalaysiaberkembangpada2013_2014-PM/Article
Published: August 01, 2013
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/pm-ekonomi-negara-berkembang-1.189205
Published: August 02, 2013
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=967634
Published: August 02, 2013
Beliau berkata permintaan domestik akan terus menjadi tunjang pertumbuhan walaupun permintaan luaran terus menyederhana, dengan pertumbuhan sebahagian besarnya dipacu oleh sektor swasta dan disokong oleh sektor awam.
"Bagaimanapun wujud risiko untuk pertumbuhan, terutama persekitaran luar," kata Najib pada sidang media selepas menghadiri taklimat lembaga pengarah Bank Negara Malaysia (BNM) di sini Khamis.
Najib berkata pertumbuhan dunia dijangka kekal sederhana memandangkan pertumbuhan di ekonomi maju utama masih terjejas oleh pelarasan struktur berterusan dan ketidaktentuan dasar.
Beliau berkata Malaysia akan berhadapan turun naik pasaran kewangan memandangkan ekonomi utama terbabit masih menentu ukur dasar masing-masing.
"Berdasarkan persekitaran yang mencabar ini, BNM menetapkan beberapa cadangan untuk mengukuhkan daya tahan ekonomi dan meningkatkan agenda transformasi ekonomi untuk menjadi negara berpendapatan tinggi dan bernilai Tambah tinggi," katanya.
Selain itu Najib berkata kerajaan komited untuk mengukuhkan makro dan kedudukan fiskal negara.
"Kita sudah mewujudkan jawatan kuasa fiskal kita sedang mengenal pasti beberapa cabaran dan kesemua ini akan ditangani tidak lama lagi, terutama dalam belanjawan akan datang," kata Najib.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment