Friday, February 24, 2012

BNM tunggu maklum balas Bestino

BANK Negara Malaysia (BNM) masih menunggu maklum balas daripada Bestino Golden House Sdn Bhd (Bestino) bagi mengadakan mesyuarat tiga pihak di antara BNM dengan Bestino dan pelabur untuk berbincang mengenai pelan tawaran memulangkan wang pelabur.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BNMtunggumaklumbalasBestino/Article/index_html
Published: February 24, 2012

BNM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya masih membekukan aset Bestino sebagai bukti mahkamah selagi kes itu belum selesai. Saiz aset RM24.2 juta kini dibekukan mengikut Seksyen 50(1) AMLATFA untuk dijadikan bukti dalam mahkamah. Pihak BNM tidak akan mencairkan aset berkenaan sehingga prosiding kes itu dimuktamadkan.

Kes itu membabitkan empat pengarah Bestino yang didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh mengikut Seksyen 25 (1) Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).

No comments: