ANGKATAN Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) meminta supaya
had kelayakan permohonan pinjaman bank mengikut Garis Panduan Amalan
Pembiayaan Bertanggungjawab ditetapkan pada kadar munasabah
sekurang-kurangnya pada nisbah 70:30.
Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tetapnisbahgajibersih70_30/Article/index_html
Published: February 09, 2012
Presidennya, Datuk Mohd Ali Baharum berkata, pihaknya meminta BNM
mengkaji semula garis panduan berkenaan dan berharap agar kadar
kelayakan dapat ditingkatkan bagi memberi ruang kepada peminjam
mendapatkan pinjaman mengikut keperluan masing-masing.
“Garis panduan ini baik untuk mengekang masalah keberhutangan di
kalangan peminjam, namun pada masa sama ia mengundang masalah lain
kerana ada beberapa perkara yang memerlukan seseorang itu mendapatkan
pinjaman, tetapi tidak dapat dilakukan disebabkan tidak melepasi syarat
kelayakan baru ditetapkan BNM,” katanya ketika dihubungi Bisnes Metro,
minggu lalu.
Menurutnya, Angkasa sudah mengguna pakai garis panduan seumpama itu dengan menetapkan nisbah 60:40 daripada gaji bersih.
“Kami menggunakan nisbah 60:40 apabila pembiayaan hanya diberikan
berdasarkan 60 peratus daripada gaji bersih peminjam dan lebihan 40
peratus adalah gaji yang diterima untuk menampung keperluan sampingan,”
katanya.
No comments:
Post a Comment