Thursday, August 1, 2013

Rizab antarabangsa BNM RM442 bilion

KUALA LUMPUR 31 Julai - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) pada akhir Jun 2013 adalah berjumlah RM442 bilion (AS$136,092.8 juta), manakala aset mata wang asing lain berjumlah RM28.7 bilion (AS$8,818.5 juta)

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130731/ek_14/Rizab-antarabangsa-BNM-RM442-bilion
Published: August 01, 2013

BNM dalam kenyataannya berkata, bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek bagi pinjaman dalam mata wang asing diunjurkan sebanyak RM1.12 bilion (AS$344.5 juta) disebabkan oleh pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh Kerajaan.

"Sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak bulan April 2006, data ini tidak termasuk anggaran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek sebanyak RM13.3 bilion (AS$4,107.5 juta) bagi tempoh 12 bulan akan datang.

"Jumlah kedudukan hadapan panjang ialah sebanyak RM19.3 bilion (AS$5,940.0 juta) pada akhir bulan Jun 2013," katanya. - UTUSAN ONLINE

No comments: