Saturday, July 7, 2012

Garis panduan BNM tidak jejas jualan kereta

KUALA LUMPUR 6 Julai - Frost & Sullivan masih mengekalkan unjuran jualan kenderaan sebanyak 612,000 buah tahun ini walaupun Bank Negara Malaysia mengetatkan garis panduan pinjaman.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0707&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_02.htm
Published: July 07, 2012

Katanya, peraturan ketat itu hanya memberi kesan kepada kenderaan kecil seperti Perodua Viva dan Proton Saga.

Bagaimanapun, kesannya dijangka berkurangan memandangkan syarikat-syarikat pengeluar kereta kini melaksanakan kempen pemasaran dan jualan dengan memberi potongan harga tinggi dan melaksanakan proses prakelulusan bagi para pelanggannya.

Rakan Bersama Frost & Sullivan dan Ketua Amalan Pengangkutan dan Automotif Asia Pasifik, Kavan Mukhtyar berkata, kadar penolakan permohonan pinjaman bagi kereta baru telah berkurangan sejak Mei 2012 kerana wakil peniaga dan bank sudah mula memahami garis panduan tersebut.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Frost & Sullivan berkata, kereta hibrid akan terus mendapat permintaan disebabkan insentif menarik yang diberikan oleh kerajaan.

Dalam laporan itu, Frost & Sullivan berkata, segmen D (premium dan sedan besar) mencatatkan pertumbuhan pantas dengan kenaikan 30 peratus tahun ke tahun kepada 36,058 buah pada tahun ini.

Jualan itu akan dipacu oleh model baru Toyota Camry dan Honda Accord dan kereta mewah seperti BMW dan Mercedes Benz.

Segmen C pula dijangka berkembang sebanyak 5.0 peratus tahun ke tahun kepada 234,482 buah pada tahun ini, menjadikan ia penyumbang terbesar dalam jualan kenderaan di Malaysia, iaitu kira-kira 38.3 peratus.

Model-model baru seperti Proton Preve, Peugeot 408, Honda City FL, Honda Civic FMC dan Volkswagen Polo, selain kenderaan hibrid seperti Honda Insight FL dan Toyota Prius FL akan menyumbang kepada pertumbuhan segmen ini.

No comments: