Wednesday, July 4, 2012

Bank Negara ambil tindakan isu saman H & I Niaga

Bank Negara Malaysia akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap H & I Niaga Sdn Bhd, bekas kontraktor pembinaan Pusat Sumber Perkhidmatan Kewangan Bank Negara Malaysia.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BankNegaraambiltindakanisusamanH_INiaga/Article
Published: July 04, 2012

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/bank-negara-ambil-tindakan-wajar-ke-atas-h-i-niaga-1.63683
Published: July 04, 2012

Bank Negara Malaysia akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap H & I Niaga Sdn Bhd, bekas kontraktor pembinaan Pusat Sumber Perkhidmatan Kewangan Bank Negara Malaysia.

Pada 20 Jun, H & I Niaga mengemukakan tuntutan saman bernilai RM131.9 juta terhadap bank pusat itu sebagai ganti rugi dan bayaran yang belum lunas berkaitan pembinaan bangunan itu. Kontraktor Kelas A Bumiputera yang diberikan kontrak bernilai RM320.3 juta pada September 2005 itu mendakwa kontraknya ditamatkan secara salah pada 2010 setelah kerja pembinaan itu siap lebih daripada 90 peratus.

Dalam satu kenyataan semalam, Bank Negara berkata, H & I Niaga pada awalnya merujuk pertikaian kontrak itu untuk timbang tara.

Namun begitu pada hari pertama sebutan kes itu di mahkamah, H & I Niaga menarik diri daripada proses timbang tara berkenaan.

Bank Negara berkata, ia memiliki proses tadbir urus yang mantap dalam semua perkara yang dilaksanakannya.

"Bank Negara juga mempunyai dokumen terperinci bagi setiap peringkat pembinaan bangunan itu, termasuk rekod bagi keputusan yang sudah dibuat," katanya. - BERNAMA

No comments: