Saturday, July 14, 2012

Manfaat besar - Zeti

SISTEM kewangan Malaysia mendapat manfaat besar daripada pelaburan Jepun menerusi pindahan kepakaran, pengetahuan, teknologi dan hubungan antara ekonomi yang diperkukuh.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Manfaatbesar/Article/index_html
Published: July 13, 2012

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, Malaysia menyambut baik penyertaan berterusan institusi kewangan Jepun dalam sektor kewangan domestik dan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan. “Bulan lalu, terdapat empat bank perdagangan, empat syarikat insuran, satu syarikat penginsurans semula dan satu pengendali takaful usaha sama dari Jepun beroperasi di Malaysia,” katanya pada majlis perasmian Bank of Tokyo Mitsubishi (M) Bhd cawangan Pulau Pinang.

Teks ucapan beliau dibacakan Penolong Gabenor, Donald Joshua Jaganathan.

Dr Zeti berkata, keputusan Bank of Tokyo Mitsubishi untuk membuka cawangan terbarunya di Pulau Pinang bukan saja disokong kehadiran ramai pelanggan Jepun, tapi juga aktiviti pelaburan yang sedang dilaksanakan di wilayah utara Malaysia itu. Beliau berkata, meskipun pusat kewangan Malaysia sudah beralih ke Kuala Lumpur, kepentingan Pulau Pinang sebagai penyumbang utama kepada ekonomi negara masih lagi ketara. Pembukaan cawangan itu menunjukkan pengembangan berterusan sistem kewangan Malaysia dan disokong ekonomi mantap dari segi fundamental yang terus mencatatkan prestasi baik semasa tempoh mencabar ini. Zeti berkata, Asia terus menjadi pusat pertumbuhan penting dalam ekonomi global, walaupun pertumbuhan mungkin menyederhana, ia masih kekal pada paras yang masih dapat mewujudkan peluang pekerjaan. “Ini dipacu permintaan domestik dan peningkatan hubungan antara ekonomi di rantau ini,” katanya. - Bernama

No comments: