Friday, June 8, 2012

Sektor domestik rancak ekonomi - BNM

GABENOR Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, ekonomi Malaysia dijangka terus berdaya tahan bagi separuh kedua tahun ini, didorong keteguhan ekonomi domestik.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sektordomestikrancakekonomi/Article/index_html
Published: Jun 08, 2012

Beliau berkata, keyakinan mengenai pertumbuhan yang diunjurkan itu berdasarkan permintaan domestik dan kegiatan pelaburan swasta yang kukuh. “Suasana perniagaan di negara ini bersifat amat menyokong dengan tahap daya saing, kecekapan dan kemudahan mendapatkan pembiayaan yang berterusan baik selain terdapatnya pasaran teratur untuk mengumpul dana. “Sektor perbankan di negara ini terus teguh dengan keuntungan kukuh. Ini adalah petanda positif bagi ekonomi kita,” katanya kepada wartawan selepas mengumumkan laporan tahunan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) 2011 di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Labuan FSA berkata, BNM tetap mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara empat hingga lima peratus tahun ini, walaupun krisis ekonomi di Eropah masih belum pulih.

“BNM sudah mengambil kira impak krisis ekonomi Eropah dalam unjuran KDNK,” katanya.

No comments: