Wednesday, June 13, 2012

Rang undang-undang khidmat kewangan ke Parlimen

KUALA LUMPUR 12 Jun - Bank Negara Malaysia (BNM) berharap rang undang-undang perkhidmatan kewangan digubal dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat yang sedang bersidang ketika ini, kata Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0613&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_02.htm
Published: Jun 13, 2012

Menurut beliau, rang undang-undang tersebut akan memperluaskan lagi tugas dan tanggung jawab ahli lembaga pengarah yang berada di bawah Akta Syarikat.

Rang undang-undang tersebut bakal memberi fokus kepada pertimbangan utama khusus kepada tanggungjawab yang perlu dipikul oleh institusi-institusi kewangan.

"Ahli-ahli lembaga pengarah perlu memikirkan kepentingan pendeposit serta pemegang polisi serta meletakkan standard-standard munasabah semasa menjalankan perniagaan dan melaksanakan strategi berisiko, " katanya semasa berucap merasmikan Forum Pendidikan Pengarah Pengarah Institusi Kewangan (FIDE) di sini, hari ini.

Zeti menambah, undang-undang tersebut juga merangkumi tugas-tugas jelas yang perlu dilakukan ahli-ahli lembaga pengarah bagi memastikan dan memantau rekaan dan pelaksanaan perniagaan yang terkawal dan baik.

Selain itu, kerja-kerja mengemas kini dan mengukuhkan panduan kawal selia urus tadbir korporat bagi bank-bank, pengendali insurans dan takaful turut giat dijalankan.

"Kami mahu mengurangkan standard yang berbeza-beza yang diamalkan ketika ini sekali gus memberi fokus kepada tanggung jawab keseluruhan ahli lembaga pengarah untuk risiko dan kawalan," katanya.

No comments: