Thursday, June 7, 2012

Saiful Bahari Baharom CEO baharu Labuan IBFC

KUALA LUMPUR - Anak syarikat milik penuh Lembaga Perkhidatan Kewangan Labuan (LFSA), Labuan IBFC Inc, telah melantik Saiful Bahari Baharom sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) yang baharu.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/saiful-bahari-baharom-ceo-baharu-labuan-ibfc-1.54530
Published: Jun 07, 2012

Dalam satu kenyataan hari ini, Labuan IBFC berkata Saiful Bahari mempunyai ijazah ekonomi dan kewangan dan sebelum ini bekerja sebagai Pegawai Tugas Khas kepada Menteri Kewangan Kedua selama tiga tahun.

"Beliau sebelum ini juga berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancang Ekonomi) dan Pengarah Jabatan Pembangunan Strategi dan  Pembangunan di LFSA," katanya. - Bernama

No comments: