Monday, June 25, 2012

Malaysia bakal penanda aras kewangan Islam global

LANGKAH penubuhan bank Islam mega mampu menjadikan Malaysia sebagai penanda aras dalam kewangan Islam global serta memenuhi keperluan ekonomi domestik, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MalaysiabakalpenandaaraskewanganIslamglobal/Article
Published: Jun 25, 2012

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0625&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_02.htm
Published: Jun 25, 2012

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, penubuhan bank itu juga selari dengan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang menjadikan perkhidmatan kewangan sebagai pemacu utama perkembangan ekonomi.

"Sebenarnya, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan satu lesen bank Islam mega. Salah satu mengapa ia diperlukan ialah perkhidmatan kewangan merupakan sektor yang bersaing dengan negara luar.

"Kita memikirkan perbankan Islam dan hab kewangan Islam global, justeru kita mesti berada di hadapan para pesaing," katanya selepas merasmikan pembukaan cawangan ke-100 Pasar Raya Besar Mydin di Gugusan Manjoi di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Dr. Ameer Ali Mydin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Datuk Nadzri Ismail.

Beliau diminta mengulas mengenai pelan perancangan BNM untuk mengeluarkan sehingga dua lesen kepada bank Islam mega dalam usaha kerajaan untuk meliberalisasi sektor kewangan di negara ini.

Gabenor BNM, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz ketika mengulas kelewatan penubuhan bank Islam mega tersebut Mei lalu berkata, proses pengeluaran lesen berkenaan mengambil masa lebih panjang kerana membabitkan penubuhan entiti perbankan baru.

Menurutnya, ia juga mengambil sedikit masa berbanding lesen bagi institusi asing yang sudah wujud dalam pasaran.

Tambah Zeti, penubuhan bank Islam mega itu bagaimanapun akan tetap diteruskan kerana ia merupakan perancangan kerajaan.

No comments: