Friday, August 2, 2013

Malaysia ikon baru pasaran kewangan Islam Dunia

Datuk Seri Najib Razak semalam memperkenalkan pasaran kewangan Islam Malaysia kepada dunia dengan identiti jenama ikon baru, iaitu Malaysia: Pasaran Kewangan Islam Dunia.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MalaysiaikonbarupasarankewanganIslamDunia/Article
Published: August 02, 2013

Malaysia ikon baru pasaran kewangan Islam Dunia
Najib bersalam dengan Dr Zeti selepas melancarkan Malaysia: Pasaran 
Kewangan Islam Dunia di Kuala Lumpur.

Ia menandakan satu lagi pencapaian penting dalam pembangunan industri kewangan Islam di Malaysia.
Berikutan pengenalan ikon baru itu, Perdana Menteri mempelawa komuniti pelabur global untuk datang memanfaatkan sepenuhnya pasaran kewangan Islam Malaysia yang kini dipacu oleh rangka kerja pengawalan yang menyeluruh, penyeliaan, syariah dan undang-undang yang komprehensif.

Beliau berkata, Malaysia mahu lebih banyak transaksi pelbagai mata wang merentas sempadan dibuat di negara ini berikutan rangka kerja kawal selia, syariah dan undang-undang mantap yang menyediakan persekitaran kondusif kepada bakal pengguna kewangan Islam.

Platform kewangan Islam yang luas di Malaysia harus dimanfaatkan peserta sejagat meliputi bidang perbankan, sukuk, ekuiti, takaful, re-takaful, pengurusan kekayaan, pembangunan tenaga mahir dan khidmat bantuan profesional.

Jenama ikon baru

Kini terpulang kepada peserta dan peneraju pasaran untuk membangunkan dan memacu industri ini demi kemajuan pasaran kewangan Islam global, katanya pada pelancaran dan pengenalan jenama ikon baru itu di Kuala Lumpur semalam.

Yang hadir sama ialah Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz; dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Najib berkata, Malaysia telah membangunkan Pasaran Kewangan Islam yang komprehensif dan progresif, yang telah berkembang pesat sejak 30 tahun lalu.

Beliau berkata, peserta industri dan peserta pasaran global boleh memanfaatkan inovasi, kepakaran serta aktiviti pelaburan yang aktif daripada pasaran kewangan Islam Malaysia untuk urusan perniagaan dari serata dunia.

Usaha bersepadu

Katanya, tahap kecanggihan pasaran kewangan Islam Malaysia pada masa ini adalah hasil daripada usaha bersepadu Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, cendekiawan Syariah dan komuniti industri kewangan Islam.

Peneraju pasaran Malaysia juga boleh memanfaatkan rangka kerja pasaran Ma-
laysia yang komprehensif untuk memacu pembangunan industri ini dengan lebih jauh lagi melalui kepemimpinan yang berwawasan, inovasi dan transaksi yang lebih tinggi dalam pelbagai mata wang merentas sempadan untuk urusan perniagaan, katanya.

No comments: