Thursday, August 1, 2013

Pengukuhan makro, fiskal diumum dalam Bajet 2014

Kuala Lumpur: Kerajaan akan mengumumkan dasar baru bagi mengukuhkan kedudukan fiskal dan makro ekonomi negara pada Bajet 2014.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Dasarbarukukuhfiskaldalambajet/Article
Published: August 02, 2013

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130801/ek_08/Pengukuhan-makro-fiskal-diumum-dalam-Bajet-2014
Published: August 01, 2013

Dasar baru kukuh fiskal  dalam bajet
Najib bersama Zeti dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni 
Mohamad Hanadzlah memperkenalkan jenama ikon baru Pasaran Kewangan 
Islam Malaysia di Kuala Lumpur.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan komited untuk memperbaiki kedudukan defisit fiskal negara dan sedang mengenal pasti beberapa pilihan dasar khusus bagi tujuan itu.

Kerajaan memahami bahawa wujudnya keperluan untuk mengukuhkan defisit fiskal dan makro (ekonomi) negara.


Justeru, kita sedang melihat beberapa pilihan dasar dan akan mengumumkannya pada pembentangan Bajet 2014 nanti, katanya pada sidang media selepas memperkenalkan jenama ikon baru Pasaran Kewangan Islam Malaysia di sini, semalam.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai penarafan terbaru Fitch Ratings yang menyuarakan kebimbangan terhadap profil kredit negara.

Agensi penarafan global yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat, pada Selasa lalu menyemak semula unjurannya terhadap penarafan kredit jangka panjang Malaysia daripada stabil kepada negatif atas alasan prospek pelaksanaan pembaharuan bajet negara kelihatan agak suram.

Fitch Rating turut menekankan keperluan kerajaan menangani kewangan awam yang lemah bagi menstabilkan kembali unjuran kreditnya.

Ekonomi terus berkembang

Mengulas lanjut, Najib berkata, kerajaan turut berkongsi kebimbangan yang diutarakan agensi itu.

Saya menganggapnya baik untuk kita kerana ia memperlihatkan mereka (Fitch Rating) bimbang dan kerajaan akan berusaha menanganinya.

Butiran mengenai langkah itu akan diumumkan pada bajet akan datang, katanya.
Najib memberi jaminan ekonomi negara diunjur berkembang tahun ini dan tahun depan walaupun pertumbuhannya sederhana dengan didorong sektor swasta yang disokong oleh sektor awam.

Perdana Menteri berkata, permintaan dalam negeri akan terus memacu pertumbuhan ketika permintaan luar negeri sederhana tetapi masih wujud risiko untuk pertumbuhan, terutama daripada persekitaran luar.

Pertumbuhan global dijangka mencatat pertumbuhan sederhana berikutan pertumbuhan dalam ekonomi maju masih terjejas oleh penyelarasan struktur yang berterusan dan ketidakpastian dasar.

Dengan penyelarasan dasar yang dilaksanakan ekonomi utama ini, negara mungkin menghadapi ketidaktentuan yang meningkat dalam pasaran kewangan.

Usaha tangani fiskal

Sementara itu, Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata ekonomi negara mempunyai keupayaan dan kebolehan tersendiri untuk menangani kedudukan fiskal defisit semasa negara.

Kita sedang berusaha menangani semua isu berkenaan. Kita akan mengukuhkan lagi daya tahan serta meningkatkan potensi pertumbuhan, katanya.

Mengenai butiran dasar bakal diumumkan kerajaan dalam bajet akan datang, Zeti berkata, Malaysia masih ada masa berbuat demikian.

Ia (dasar baru bagi mengukuhkan kedudukan defisit fiskal) kini menjadi semakin penting memandangkan persekitaran global semakin mencabar, katanya sambil menambah pemulihan yang dijangkakan daripada ekonomi maju tidak mengukuh dan untuk masa depan ia terus kekal sederhana.

Namun, Zeti berkata, permintaan domestik yang disokong pengembangan berterusan dalam kegiatan sektor swasta serta perbelanjaan sektor awam, dijangka terus kukuh dan menjadi pendorong utama kepada pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun ini.

No comments: