KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- BIMB Holdings Bhd (BHB) telah
mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memulakan
perundingan dengan Lembaga Tabung Haji (LTH) bagi menguasai kepentingan
LTH dalam Bank Islam Malaysia Bhd (BIBM).
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=955457
Published: Jun 12, 2013
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, BHB berkata perundingan itu akan siap pada atau sebelum 31 Dis, 2013.
Ia berkata persetujuan daripada BNM tidak hendaklah diertikan sebagai kelulusan untuk cadangan pengambilalihan itu.
BIMB berkata semua pihak diperlukan untuk mendapatkan kelulusan daripada
Menteri Kewangan sebelum memasuki mana-mana perjanjian untuk
melaksanakan cadangan pengambilalihan.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment