Wednesday, June 19, 2013

Pasaran wang ditutup kukuh campur tangan BNM

KUALA LUMPUR 17 Jun - Kadar jangka pendek ditutup kukuh hari ini dengan Bank Negara Malaysia (BNM) campur tangan dalam pasaran wang untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130617/ek_17/Pasaran-wang-ditutup-kukuh-campur-tangan-BNM
Published: Jun 19, 2013

Kadar semalaman kekal pada 2.92 peratus sementara kadar satu, dua dan tiga minggu, masing-masing pada 2.97 peratus, 3.01 peratus dan 3.04 peratus.

Lebihan mudah tunai dalam operasi konvensional telah dikurangkan kepada RM16.633 bilion daripada RM22.11 bilion terdahulu sementara dalam sistem kewangan, ia turun kepada RM2.442 bilion daripada RM6.584 bilion.

Terdahulu, bank pusat telah memanggil empat tender semalaman konvensional dan empat tender Al-Wadiah dan satu tender repo.

BNM turut menerbitkan tender konvensional lewat untuk RM15.8 bilion dan RM2.4 bilion Al-Wadiah, kedua-duanya untuk wang satu hari. - BERNAMA

No comments: