KUALA LUMPUR 10 Jun - Kadar jangka pendek ditutup stabil hari ini dengan Bank Negara Malaysia (BNM) terus campur tangan dalam pasaran wang untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130610/ek_17/Pasaran-wang-Kadar-jangka-pendek-stabil
Published: Jun 11, 2013
Lebihan mudah tunai dalam operasi konvensional telah dikurangkan
kepada RM19.95 bilion daripada RM28.84 bilion yang dianggarkan pada
awalnya sementara dalam sistem perbankan Islam, ia turun kepada RM3.29
bilion daripada RM6.30 bilion sebelumnya.
Terdahulu, BNM telah mengemukakan empat tender konvensional, satu repo dan empat tender Al-Wadiah.
Bank pusat turut mengeluarkan tender lewat konvensional untuk
sejumlah RM19.9 bilion dan RM3.2 bilion tender Al-Wadiah, kedua-duanya
untuk wang satu hari.
Kadar semalaman kekal pada 2.92 peratus sementara kadar satu, dua dan
tiga minggu, masing-masing pada 2.98 peratus, 3.01 peratus dan 3.04
peratus. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment