Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/articles/Asiapertimbangterbitbonbersama/Article
Published: May 15, 2012
KERJASAMA...Dr Zeti (tengah) bersalam dengan Choongsoo selepas mesyuarat, semalam.
Perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Lembaga Kestabilan Kewangan (FSB) Kumpulan Perundingan Serantau (RCG) Asia di Kuala Lumpur, semalam.
Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, langkah itu dikenal pasti antara jalan yang mampu diambil untuk menangani keadaan ekonomi dunia ketika ini.
“Sebelum ini, banyak kalangan negara Asia yang mengambil inisiatif menerbitkan bon domestik dan ia terbukti berjaya,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu, semalam.
Dr Zeti ialah wakil Malaysia ke RCG Asia dan menjadi pengerusi bersama dengan Gabenor Bank of Korea, Kim Choongsoo.
Mengulas lanjut, beliau berkata, meskipun kebanyakan negara Asia turut terkena tempias kemelesetan ekonomi, ia tidak seteruk mana berikutan pelbagai langkah proaktif diambil.
No comments:
Post a Comment