Monday, May 14, 2012

BNM kekal OPR 3%

BANK Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada kadar 3.00 peratus selepas diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Jumaat lalu.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BNMkekalOPR3_/Article/index_html
Published: May 14, 2012

Dalam kenyataannya di Kuala Lumpur, bank pusat itu berkata, sungguhpun ekonomi Malaysia menerima kesan daripada perkembangan global, permintaan dalam negeri terus menyokong pertumbuhan didorong aktiviti penggunaan dan pelaburan mampan.

“Melangkah ke hadapan, trend ini dijangka berterusan. Penggunaan swasta disokong keadaan guna tenaga stabil, pertumbuhan pendapatan dan langkah sektor awam,” katanya.

Bank Negara berkata, aktiviti pelaburan dipacu terutama oleh industri berorientasikan dalam negeri, sektor komoditi dan sektor awam.

Mengenai inflasi, BNM berkata ia dijangka menjadi sederhana pada 2012 selaras dengan terdapatnya peningkatan bekalan dalam negeri dan keadaan permintaan yang stabil.

No comments: