Wednesday, May 9, 2012

Inflasi: BNM ambil kira gaji minimum

KUALA LUMPUR 8 Mei - Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengambil kira kadar gaji minimum antara RM800 dan RM900 bagi unjuran inflasi antara 2.0 peratus dan 3.0 peratus pada tahun ini.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0509&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm
Published: May 09, 2012

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/gaji-minimum-bank-negara-unjur-inflasi-terkawal-1.46505
Published: May 09, 2012

Gabenor BNM, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata, kenaikan gaji minimum itu membabitkan sebahagian kecil daripada kos pengeluaran.

''Berikutan itu, (kenaikan gaji) tidak akan menyumbang kepada kenaikan harga. Lagipun, harga masih sederhana.

''Unjuran asal masih dikekalkan,'' katanya selepas merasmikan Persidangan Persatuan Institut-Institut Perbankan Asia Pasifik di sini hari ini.

Malaysia akan melaksanakan gaji minimum sebanyak RM900 bagi Semenanjung dan RM800 di Sabah dan Sarawak, selepas enam bulan akta berkaitan diwartakan.

Mengulas mengenai perkara itu, Zeti berkata, sebanyak 100 buah negara telah melaksanakan gaji minimum.

Tambah beliau, kenaikan gaji itu adalah positif kerana ia akan menyumbang kepada perbelanjaan.

''Kenaikan (gaji) juga akan menyumbang kepada pertumbuhan,'' ujarnya.

No comments: